• 9519
1

Fajar Pakeer

Hikayat Cinta Dua Dunia Oleh Anati Althafunnisa

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Hikayat Cinta Dua Dunia Oleh Anati Althafunnisa

Hikayat Cinta Dua Dunia karya Anati Althafunnisa membawa pembaca menyelami kisah cinta yang diberi peluang kedua. Kisah ini berpusat pada Bella Amanda. Metafora waktu telah mengubah titik perjalanan yang melangkau dimensi. Di mana terbitnya sang atma yang membawa kepada permulaan sebuah fatamorgana yang tidak berlatar. Tak tercapai dek akal bagaimana cinta antara dua jiwa ini bersatu, namun istilah mustahil

Sinopsis Novel Hikayat Cinta Dua Dunia

Metafora waktu telah mengubah titik perjalanan yang melangkau dimensi. Di mana terbitnya sang atma yang membawa kepada permulaan sebuah fatamorgana yang tidak berlatar.

Tak tercapai dek akal bagaimana cinta antara dua jiwa ini bersatu, namun istilah mustahil itu tidak pernah wujud jika takdir antara kedua-duanya telah tertulis bahkan ditulis oleh sebaik-baik penulis yakni Sang Pencipta.

Bingung!
Reaksi pertama yang dirasakan oleh seorang Bella Amanda apabila kegembiraannya bertukar menjadi tragedi, dia hilang dari bumi manusia.

"Tidak! Saya tak nak! Saya tetap nak balik ke dunia saya sekarang juga. Tuanku buka sekarang juga pintu sempadan itu! Buka sekarang juga!" - Bella Amanda

Makhluk-makhluk yang hanya dibezakan dengan manusia dengan keupayaan mempunyai kekuatan sakti. Bella Amanda terpaksa mempertaruhkan iman dan takwanya kerana agama dan adat mereka terlalu jauh berbeza. Ujiannya bukan sekadar itu, musibah terbesar lain juga hadir yakni hati.

"Jika sayang, ungkapkan. Jika rindu, luahkan. Jika sedih, tangiskan. Jika suka, bilanglah. Jika benci, akuilah." - Andhika Sadewa

"Jika sunyi?" - Bella Amanda

Dia berusaha menafikan perasaan, namun jiwanya tetap menidakkan untuk tetap mencintai lelaki itu. Adakah akal sihatnya tidak berfungsi? Demi meraih kembali reda-Nya, Bella berusaha untuk tidak berputus asa. Walaupun sakit kerana terpaksa menipu akan perasaannya sendiri.

Adakah dua sukma akan dipisahkan oleh suratan seperti kebiasaannya?

Sejauh manakah Bella Amanda mampu bertahan di fana yang makin lama menenggelamkannya dengan cinta makhluk dan terus-terusan menggugat keimanannya?

Kisah renjana yang tidak akan pernah usang walaupun melangkau zaman. Kisah asmara antara dua jiwa, termeterai menunggu takdir kembali.

Perjalanan hikayat cinta seorang hamba pun bermula... berjuang atau mengalah?

“Kerana aku dan dia ditakdirkan bukan untuk selamanya... Kami ditakdirkan bertemu adalah untuk berpisah.”

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Hikayat Cinta Dua Dunia

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.