Penulisan2u
Hanya Aku Oleh Sharina Elisa
- Regular price
- RM 24.00
- Sale price
- RM 24.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Hanya Aku Oleh Sharina Elisa
Hanya Aku karya Sharina Elisa membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Itulah. Conteng-conteng sampai hasil dia gempak. Tapi ramai orang tak percayakan aku. Kalau bukan kerana Mai, member aku yang ayu plus comel tu, confirm butik pengantin kami ni akan lingkup. Mereka ingat aku ni tomboi, tak reti nak bagi impak kebabom? Sekali aku
Sinopsis Novel Hanya Aku
RIZ…
Aku suka conteng muka orang. Conteng-conteng sampai hasil dia gempak. Tapi ramai orang tak percayakan aku. Kalau bukan kerana Mai, member aku yang ayu plus comel tu, confirm butik pengantin kami ni akan lingkup. Rakyat Malaysia ni kolot ke apa? Mereka ingat aku ni tomboi, tak reti nak bagi impak kebabom? Sekali aku mekap muka dia orang, meleleh air liur tak percaya. Itulah, jangan judge orang tak pakai mata.
“Dunia makin hari makin maju. Macam tu juga dengan mekap. Kalau kau still nak kekal ilmu mekap yang lama tanpa pembaharuan, lingkuplah!” – RIZ
MAI…
Aku selalu ada masalah nak yakin dengan penampilan aku. Aku rasa aku gemuk padahal, aku cekeding. Aku… Anoreksia nervosa. Aku paling benci dengan makhluk nama lelaki. Sebab merekalah aku jadi macam ni. Dia tinggal aku sebab aku gemuk. Last-last, aku kurus dan dapat penyakit ni.
“Sara, tengoklah ni! Aku dah gemuk semula ke? Aduh, macam mana ni? – MAI
SARA…
Aku janda. Tak ada anak sebab laki aku tak suka aku ni kerja tebar roti canai. Bodoh giler alasan nak nikah lagi satu. Lelaki tak guna! Ingat aku tebar roti canai tak dapat duit? Ingat aku tebar roti canai sebab nak berjoget tangan?
“Lelaki ingat semua orang boleh tebar roti ke? Itulah pasal! Aku give up dah nak jatuh cinta dan aku dah tak hadap nak nikah.” – SARA
Ujian itu datang dalam pelbagai rupa dan sekali gus telah meninggalkan kesan kepada diri mereka bertiga. Apakah bentuk ujian yang diterima? Mampukah mereka mengharunginya? Akankah ada penamat bahagia pada penghujung kisah RIZ, MAI dan SARA? Hanya Aku ada jawapannya!
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Hanya Aku
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Sharina Elisa
- Bukan Bisikan
- Tenggelamnya Warna Pelangi
- Bila Cinta Milik Dia