• 6896
1

Karyaseni

Hai Cinta, Dengarkanlah! Oleh Mardihah

Regular price
RM 31.00
Sale price
RM 31.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Hai Cinta, Dengarkanlah! Oleh Mardihah

Hai Cinta, Dengarkanlah! karya Mardihah membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Adakah. Garam di laut, asam di gunung bertemu dalam belanga juga. Kan Cahaya, kan?” -Adib Huzairi “Hebat betul taste janda macam kau ni, kan?” -Ainil “Sebab saya jandalah kak, taste saya kena tinggi sikit.” -Cahaya Cahaya ini, benci betul kalau orang memandang rendah

Sinopsis Novel Hai Cinta, Dengarkanlah!

“Kita jumpa lagi kat sini. Garam di laut, asam di gunung bertemu dalam belanga juga. Berjodoh betul. Kan Cahaya, kan?” -Adib Huzairi

“Hebat betul taste janda macam kau ni, kan?” -Ainil

“Sebab saya jandalah kak, taste saya kena tinggi sikit.” -Cahaya

Cahaya ini, benci betul kalau orang memandang rendah kepadanya hanya kerana dia menyandang gelaran janda. Salah ke kalau dia itu janda kerana kematian suami!

Dihimpit dengan desakan keluarga Aizul yang mahu menyatukan mereka berdua, Cahaya jadi rimas. Mujurlah Adib itu selalu jadi penyelamat, selalu jadi hero untuk dia dan Fifi.

“Mama, boleh ke Uncle Adib jadi papa Fifi?” -Fifi

Adib itu akhirnya suka, sayang dan mahukan Cahaya. Tapi dia takut untuk berterus terang dengan emaknya yang terlalu tegas. Roza itu kan anti dengan budak-budak. Fifi nanti mesti akan sepahkan rumah dan nanti rumahnya mesti akan berhabuk. Eee, Adib nak kahwin dengan janda beranak satu?!

“Baiklah, mak setuju Adib kahwin dengan Cahaya. Tapi dengan satu syarat. Lepas Adib kahwin, Fifi tak boleh selalu ada kat rumah mak. Tak boleh!” -Roza

Sukarnya untuk Cahaya dan Adib menyemai kasih andai emak sebegitu dengan Fifi.

“Ya Allah, Engkau lembutkanlah hati Mak Tok Roza yang keras macam batu itu. Mak tok mesti kena sayang dengan Fifi.” -Fifi

Apakah sebenarnya suratan takdir hidup Cahaya dan Fifi, menumpang kasih seorang lelaki yang sepenuh hati menyayangi mereka. Adakah menjadi janda beranak satu itu merupakan satu kesalahan?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Hai Cinta, Dengarkanlah!

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Mardihah

  • Sara Nur Naila
  • Sara Nur Naila
  • Nadratul Nisa
  • Mr. Pai Epal