• 9496
1

Fajar Pakeer

Guardian Of The Heart Oleh Sarah Mikayla

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Guardian Of The Heart Oleh Sarah Mikayla

Guardian Of The Heart karya Sarah Mikayla membawa pembaca menyelami konflik perasaan apabila hati terpaksa membuat pilihan antara lebih daripada seorang insan. Kisah ini berpusat pada Eijaz Mikael. Erdina Qaisara, gadis yang hidupnya seakan-akan berpaksikan mulut manusia. Dua manusia yang dipertemukan, namun rasa yang menjerat hanya tersimpul di hati. Di sebalik perang mulut yang tak berkesudahan, tersembunyi sekuntum bunga yang mekar dalam diam,

Sinopsis Novel Guardian Of The Heart

"Have you ever heard that the saddest part of life is saying goodbye to someone you wish to spend your lifetime with?”

Eijaz Mikael, lelaki yang hidupnya dikatakan hampir sempurna. Erdina Qaisara, gadis yang hidupnya seakan-akan berpaksikan mulut manusia.

Dua manusia yang dipertemukan, namun rasa yang menjerat hanya tersimpul di hati. Di sebalik perang mulut yang tak berkesudahan, tersembunyi sekuntum bunga yang mekar dalam diam, terikat kuat oleh tali ego yang mampu menjerat jiwa yang sirna.

Ketika Eijaz Mikael bakal disatukan dengan Dahlia Risteena, Erdina Qaisara pula bakal disatukan dengan Thaqeef Aiman. Namun, kesumat yang bersarang akibat satu insiden yang memalukan telah merosakkan segalanya.

“Aku… tak akan bunuh kau sesenang tu, Erdina Qaisara.” – Dahlia Risteena

“Aku akan ikut kau ke mana saja! Kau cuma kena lepaskan dia. Aku merayu…” – Erdina Qaisara

Kegiatan liar Dahlia Risteena semakin menoreh luka sehingga mampu mengorbankan insan yang tidak bersalah. Sejarah hitam seakan-akan berulang semula.

Dahlia Risteena tekad mahu menghancurkan sesiapa saja yang memusnahkan kehidupannya. Tiada pilihan, mereka menjadi mangsa buruannya.

“They need to face me first. I won’t let them touch you even a little. That’s my promise.” – Eijaz Mikael

Antara dua insan yang telah dikirimkan Tuhan, siapakah si penjaga hati yang mampu melindungi simpulan atma dari jerat percintaan?

Apakah noktah di pengakhiran bila dua nyawa menjadi taruhan?

Berjuang atau menyerah, apa pun terjadi ending di dalam setiap destinasi yang dilalui adalah kesempatan terakhir.

“Point your finger at me and you’ll die.”

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Guardian Of The Heart

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.