Buku Prima
Diam-Diam Rindu Oleh Syahriah Ibrahim
- Regular price
- RM 22.90
- Sale price
- RM 22.90
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Diam-Diam Rindu Oleh Syahriah Ibrahim
Diam-Diam Rindu karya Syahriah Ibrahim mengisahkan hubungan yang bermula dengan ikatan pertunangan dan pelbagai cabaran yang menguji hati. Kisah ini berpusat pada Nur Iman. Bertahun-tahun dia menanti ibu memaafkan kesalahan yang bukannya berpunca darinya. Sehinggalah pada suatu saat yang tidak dijangkakan, ibunya sudi memaafkannya tapi dengan bersyarat. Dia terpaksa berkahwin dengan kenalan rapat ayahnya. Nur Iman akur dengan
Sinopsis Novel Diam-Diam Rindu
Bertahun-tahun dia menanti ibu memaafkan kesalahan yang bukannya berpunca darinya. Sehinggalah pada suatu saat yang tidak dijangkakan, ibunya sudi memaafkannya tapi dengan bersyarat. Dia terpaksa berkahwin dengan kenalan rapat ayahnya. Nur Iman akur dengan kehendak ibunya dan dia juga turut meletakkan syarat. Dia akan berkahwin sekiranya tempoh pertunangannya dilanjutkan sehingga lima tahun. Selepas lima tahun berlalu, Nur Iman kembali ke tanah air dengan membawa segulung ijazah dan harapan. Harapan supaya tunangnya Mir sudah melupakannya. Dia tidak menyangka yang Mir sanggup menunggunya selama itu walaupun mereka tidak pernah kenal dan berjumpa selama ini. Setiap kali bersua muka, mereka pasti bertengkar walaupun hal yang remeh-temeh. Ibu pula masih lagi melayannya sama seperti dulu. Hatinya semakin memberontak membuatkan Nur Iman tidak mahu meneruskan perkahwinan ini. Fikirannya bertambah kusut bila ada lelaki lain datang menagih kasih kepadanya. Bagaimana penantian Mir selama ini? Dapatkah mereka bersatu?
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Diam-Diam Rindu
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
- Kekeluargaan
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.