Buku Prima
Dia Si Katak Puru Oleh Farrah Izllorna
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Dia Si Katak Puru Oleh Farrah Izllorna
Berkomunikasi melalui telefon, Ariana a.k.a Ria pada mulanya mempunyai persepsi buruk terhadap lelaki itu yang dipanggilnya ‘katak puru’. Tetapi setelah mengenali lelaki yang tidak diketahui wajahnya itu, Ariana berubah hati. Namun, segalanya berubah akibat satu kemalangan. Ariana menyalahkan diri, lalu dia tidak menghubungi Firdaus lagi.
Pertemuan semula di kedai makan meresahkan Ariana. Firdaus selalu mendekatinya, seakan-akan tahu dia menyimpan rahsia. Sudahlah Nazrul a.k.a Hitler, sepupu Firdaus merangkap bosnya asyik menuduh Ariana ada skandal dengan bapanya. Kemalangan ‘mentega kacang’ membuat Firdaus merangka idea gila. Diberitahunya semua orang mereka pasangan kekasih. Dan selagi Ariana tidak berterus-terang, mereka akan terus kekal dalam kepura-puraan itu. Adakah Ariana akan berterus-terang tentang identitinya sebagai Ria? Atau cinta pura-pura antara Firdaus dan Ariana akan terus kekal selamanya? Dan adakah Nazrul akan terus bermusuhan dengan Ariana, atau takdir yang berlainan sedang menanti mereka?
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Percintaan yang bermula melalui komunikasi telefon
- Identiti rahsia dan kejujuran dalam hubungan
- Hubungan cinta purapura yang bertukar menjadi perasaan sebenar
- Pertemuan semula selepas kemalangan dan salah faham
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik Melayu
- Peminat kisah cinta bermula melalui telefon atau dalam talian
- Pembaca yang menyukai tema identiti rahsia dan salah faham
- Peminat plot fake relationship atau cinta purapura
Maklumat Buku
- Penulis: Farrah Izllorna
- Penerbit: Buku Prima
- ISBN: 9789674460365
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg