• 9146
  • 9144
  • 9145
1

Suara Hati Publication

Di Saat Cinta Itu Datang Oleh Impiangella

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Di Saat Cinta Itu Datang Oleh Impiangella

Di Saat Cinta Itu Datang karya Impiangella membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Nekad. Kedegilan Aairin Tahany pada malam itu menyebabkan orang yang disayangi tergadai maruah diri. Dek pengorbanan Auntie Su itu, Aairin sanggup buat apa saja untuk Auntie Su. Dia dihina, dicemuh malah dia disakiti dan dikasari. Berharap, agar ianya dapat

Sinopsis Novel Di Saat Cinta Itu Datang

Kedegilan Aairin Tahany pada malam itu menyebabkan orang yang disayangi tergadai maruah diri. Perasaan bersalah menghantui diri. Dek pengorbanan Auntie Su itu, Aairin sanggup buat apa saja untuk Auntie Su. Dia dihina, dicemuh malah dia disakiti dan dikasari. Berharap, agar ianya dapat mengurangkan rasa bersalahnya pada Auntie Su.

Empat tahun Aairin lari daripada realiti, akhirnya dia terpaksa kembali berhadapan dengan semuanya. Nekad mahu merungkaikan ikatan yang terjalin atas rasa bersalahnya. Bagi Aairin, kebahagiaan tidak akan wujud dalam hubungan mereka.

Namun, tidak bagi Aaidan. Bukannya dia mahu melupakan apa yang telah berlaku, tetapi mahu menerima sebuah kenyataan hidup yang perlu melangkah ke depan.

“Anna adalah masa silam abang. Aairin adalah masa depan abang. Kita hidup berjalan ke hadapan bukan ke belakang. Abang tak akan sesekali berpaling semula ke belakang Aairin.” - Aadian Naail.

Di saat cinta itu datang, segala-galanya menjadi rumit. Kisah lalu kembali menghantui. Kebahagiaan yang baru terbina dilanda masalah.

“Jangan tinggalkan abang.” - Aaidan Naail

“Awak memang kejam Aaidan!” - Aairin Tahany

Di sebalik penderitaan itu, ada yang merencana rupanya. Perlahan-lahan semuanya terungkap. Namun, mampukah hubungan itu dipertahankan setelah kemunculan semula seseorang itu? Dan layakkah Aairin menerima semua penderitaan kerana kesalahannya itu?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Di Saat Cinta Itu Datang

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu
  • Kekeluargaan

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.