Karyaseni
Dendam Bersulam Cinta Oleh Sara Aisha
- Regular price
- RM 28.00
- Sale price
- RM 28.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Dendam Bersulam Cinta Oleh Sara Aisha
Dendam Bersulam Cinta karya Sara Aisha mengisahkan hubungan yang bermula dengan ikatan pertunangan dan pelbagai cabaran yang menguji hati. Kisah ini berpusat pada Akan. Hati ini bukan melaungkan nama dia.” NURUL JANNAH Kata orang, cinta itu manis. Manisnya cinta aku menemui penamat kala aku menikahi dia. Dua tahun menyulam kasih, rupa-rupanya itu sekadar pentas ciptaan Amsyar untuk mengikat aku dalam perkahwinan penuh
Sinopsis Novel Dendam Bersulam Cinta
“Aku haramkan diri daripada jatuh cinta kepadanya. Jadi, tidak! Hati ini bukan melaungkan nama dia.”
NURUL JANNAH
Kata orang, cinta itu manis. Perkahwinan itu indah. Tetapi aku? Manisnya cinta aku menemui penamat kala aku menikahi dia. Dua tahun menyulam kasih, rupa-rupanya itu sekadar pentas ciptaan Amsyar untuk mengikat aku dalam perkahwinan penuh derita.
“Aku kahwin dengan kau sebab aku nak hancurkan kau.” - Amsyar
“Aku bukanlah perempuan yang kau boleh pijak-pijak begitu saja.” - Jannah
Lalu, aku bersumpah. Takkan semudah itu untuk Amsyar menghancurkan aku. Walau sedalam mana pun cinta aku kepadanya, aku tetap seorang wanita yang akan mempertahankan diri. Akan aku hadap semuanya tanpa tergugat. Biar dia tahu bahawa seorang Nurul Jannah bukan semudah itu untuk dihancurkan. Malangnya, bila kebenaran akhirnya terbongkar, aku jadi sangsi. Patutkah aku melawan atau biarkan sahaja Amsyar menuntut dendamnya?
AMSYAR MIKAEL
Ini jalan yang sudah aku ambil dan aku akan benar-benar memastikan perempuan itu hancur tidak mampu bangkit semula. Dia harus membayar harga bagi setiap titik air mataku yang menitis, setiap laungan penuh derita dan setiap nyawa yang sudah direnggut. Namun, semakin aku melukai dia, semakin jiwaku sendiri yang terhiris. Air mata yang dia titiskan, bahkan umpama racun yang membunuhku dari dalam.
Tidak! Aku harus bertahan. Walau apa pun yang berlaku, dendam ini harus berbalas. Dua nyawa yang sudah terkorban itu perlu dibela. Perasaan dalam hati? Huh, aku lempar jauh-jauh! Tetapi persoalannya sekarang, sampai bila aku mampu bertahan? Bila melihat dia sahaja, membuatkan aku ingin merangkulnya erat dan mengatakan…
“Abang cintakan Ana.” - Amsyar
“Aku mencintai dia. Tapi sekarang, aku mahu cintaku kepadanya mati, tidak boleh hidup semula.” - Jannah
-------
MENYAYANGIMU - Pena Kayu
Menyayangimu sampai habis waktu
Nurul Inara itu kakak kembarnya. Yang mama agung-agungkan. Yang mama puja separuh mati. Dia pula, sekadar anak itik yang hodoh di mata mama. Dia Nurul Iman yang dilupakan oleh mama.
Jadi apabila Inara telah menconteng arang ke muka mama, Iman puas hati. Sekarang mama perlu belajar bahawa Inara itu bukan sempurna. Tetapi kenapa Iman rasa, dia menipu dirinya dengan berkata puas hati? Kenapa dia mesti bersedih dengan nasib yang menimpa Inara?
Ahmad Hadrian itu pula api kemarahannya. Lelaki itu yang merosakkan Inara. Marahnya pada Hadrian tak pernah surut. Tempoh 5 tahun belum cukup untuk membuang segala kesumatnya pada lelaki itu.
Apabila timbul krisis dalam hubungan Iman dengan bekas tunangnya, mama memetik nama Hadrian sebagai bakal suaminya. Gila. Itu benar-benar cadangan gila. Inara bagaimana? Iman membantah keras cadangan mama. Namun krisis yang timbul semakin meruncing sehingga memaksa Iman membuat keputusan sama gila.
"Rahayu call mak semalam. Dia beritahu, Iman dah setuju. Iman setuju kalau mak masuk melamar.”
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Dendam Bersulam Cinta
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Sara Aisha
- Salju Kyoto
- I'm Not A Monster
- Syurgaku Tak Sempurna
- Memori Inara
- Jodoh Itu Milik Kita