• 8138
1

Fajar Pakeer

Dear First Love Oleh Suhailah Selamat

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Dear First Love Oleh Suhailah Selamat

Dear First Love karya Suhailah Selamat menampilkan hubungan yang bermula dengan perselisihan dan kebencian sebelum bertukar menjadi sesuatu yang tidak dijangka. Kisah ini berpusat pada Alex Kim. Kata orang cinta monyet sekadar angan-angan budak sekolah! Tapi, cinta dia pada Alex Kim bukan sekadar angan-angan. Ia satu realiti yang suatu hari nanti akan dibuktikan melalui perbuatan. Itulah yang terjadi pada Myria Ayunina. Dia gemar membaca buku di

Sinopsis Novel Dear First Love

Kata orang cinta monyet sekadar angan-angan budak sekolah! Tapi, cinta dia pada Alex Kim bukan sekadar angan-angan. Ia satu realiti yang suatu hari nanti akan dibuktikan melalui perbuatan.

Itulah yang terjadi pada Myria Ayunina. Dia gemar membaca buku di perpustakaan sehingga mendapat jolokan ‘kutu buku’. Namun, pertemuan yang tidak dijangka telah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama pada Alex Kim.

Aku tak perasan nama samaran yang kau gunakan selama ni. Bagi aku tak penting mana pun. Bodohkan aku? - ALEX KIM

"Selamat tinggal. Semoga suatu hari nanti kita dapat bertemu semula dalam keadaan yang berbeza." - MYRIA AYUNINA

Kematian ayah Myria telah mengungkap sebuah rahsia yang tersimpan rapi daripada pengetahuan gadis itu. Ternyata dia dan Alex Kim dari dua dunia yang berbeza. Dunia hitam yang sentiasa dikotori dengan darah manusia. Dunia kelam yang menyebabkan permusuhan sehingga nyawa jadi mainan.

“Kau bunuh perempuan aku! Then kau nak bunuh kawan aku pula?! Aku tak akan benarkan!” ALEX KIM

“Perempuan kau? Perempuan tu nama dia Myria, kan? Macam mana kalau aku beritahu kau yang perempuan tu masih hidup?”- CHIEF

Kerana rahsia itu juga, nyawa Myria diancam bahaya. Kerana rahsia itu juga, Alex Kim dan Myria terpisah.

Apakah rahsia yang dimaksudkan?

Sehingga identiti diri ditukar, kehidupan harian berubah rentak. Yang baik jadi api dalam sekam, yang jahat kekal berdendam.

Bagaimanakah kesudahannya jika salah seorang memilih untuk mengalah?

Masih mampukah genggaman tangan menyatu andai rapuh terikat erat?

Sebaik sahaja kita mula memikirkan tentang permulaan, ia sudah sampai ke penamat kerana cinta bukan sahaja untuk dimiliki, tapi juga untuk dikorbankan.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Dear First Love

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Suhailah Selamat

  • Magnolia
  • The Witness
  • Jangan Tinggal Aku Terbitan April 2022