Fajar Pakeer
Dear Aqirah Oleh Waniel
- Regular price
- RM 29.00
- Sale price
- RM 29.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Dear Aqirah Oleh Waniel
Dear Aqirah karya Waniel membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Qirah. Impian adalah milik insan yang percaya pada keindahan mimpi mereka. Hidup Aqirah berubah sekelip mata apabila dia ditakdirkan bertemu dengan Syakir. Kerana satu kesilapan, menjadi titik pemula kisah Aqirah sebagai seseorang tak bergaji di Vila Bahagia. Itulah
Sinopsis Novel Dear Aqirah
Impian adalah milik insan yang percaya pada keindahan mimpi mereka.
Hidup Aqirah berubah sekelip mata apabila dia ditakdirkan bertemu dengan Syakir. Kerana satu kesilapan, menjadi titik pemula kisah Aqirah sebagai seseorang tak bergaji di Vila Bahagia.
Itulah sebuah kenyataan pahit yang harus ditelan, umpama mimpi ngeri yang tak berpenghujung. Impian yang tersimpan langsung terkubur di tengah landasan.
Dua jiwa yang saling bertentangan itu andai dihamparkan dalam satu ruang dan waktu, pastinya menimbulkan bibit-bibit pertengkaran.
“Tuan risau kat saya, eh?” – RADZ AQIRAH
“Tak ada maknanya. Aku cuma tak nak kau sakit aje. Nanti siapa nak buat air untuk aku?” – SYAKIR IMAN
Kehadiran Syah, adik lelaki Syakir pula bagai knight in shining armor buat Aqirah.
“Abang akan jaga Kak Qirah macam abang jaga diri abang sendiri.” – SYAHRIZAD ILHAN
Tatkala pintu hati mula terusik, sekuat mana pun mereka cuba menidakkan, nama itu sudah terpateri di dalam jiwa.
Namun, langit yang terbentang luas tidak akan selamanya cerah. Saat Aqirah mula reda dengan suratan, takdir sekali lagi mencampak Aqirah ke lembah penuh luka.
Tika cinta dan kepercayaan menjadi taruhan, apakah rasa yang mula bertunas itu mampu membatasi pengkhianatan?
Masih adakah kepercayaan yang berbaki saat duri menguasai diri?
Jika benar cinta sudah berputik, mengapa digores hati yang sedang tumbuh berpaut pada harapan?
Tolong. Jika ini kisah dongeng yang berakhir tragis, dia hanya mahu bangun daripada lenanya kerana jauh lebih indah bila bersama seperti yang terjadi semalam menggapai bahagia, mengejar impian.
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Dear Aqirah
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.