• 4654
1

Anaasa Publication

Curahan Cinta Niagara

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Curahan Cinta Niagara

Dia, gadis yang mendapat tempat di hati Faris. Kehadirannya merubah hidup lelaki ini. Namun, sukarnya dia untuk menghuni hati seorang yang bernama Mira Zahila.

“Aku sayangkan dia, Amir. Tapi dia tolak aku  mentah-mentah.”-  Faris

“Siapa? Mira?” - Amir“

“Mungkin dia bukan jodoh kau, Faris”-Dina

Impian Mira hanyalah untuk mendapat segulung ijazah. Demi keluarganya. Satu kejadian telah menyebabkan Mira bersetuju mengahwini Faris. Reda dengan kententuanNYA,

Mira berusaha menjadi isteri yang sempurna.  Namun, cinta Faris hanya sementara. Perginya dia meninggalkan cinta yang tersemat di hati.

Dek kerana sebuah wasiat, Mira berganti tikar.  Abang ipar menjadi suami.

“Kalau Mira nak batalkan permintaan Faris tadi, beri satu alasan kukuh. Kalau alasan Mira masuk akal, kita sama-sama boleh batalkan,” - Farhan.

Bagi Farhan, wasiat itu sekadar pemudah cerita. Cintanya pada Mira berputik sejak pertemuan pertama di air terjun Niagara. Setelah Faris pergi, dia mula sangsi sejarah hidup Mira.  Malah, kekuatan cintanya pada Mira juga tidak mampu menghapuskan gundah di hati.  Mira berdiri demi Farhan. Walaupun hatinya didera dan diuji.

Aku dekat. Kau dekat! Mentera cinta yang menjadi penguat hatinya.

Mira ketepikan segala perasaan demi menangkis tuduhan buruk suami dan sekaligus menamatkan ribut di hati suaminya. Ketika bibit-bibit cinta mula subur, sekali lagi Mira diuji dengan kehadiran Azrin.  Dalam sekelip mata, Azrin meragut cinta Farhan.

Niagara menyaksikan pertemuan mereka. Di situlah terdetik isyarat cinta pertama Farhan. Apakah cintanya juga tidak akan kering sepertimana curahan air terjun Niagara?

Atau adakah ia akan membeku seperti bekunya air terjun Niagara di musim dingin? Curahan cinta Niagara menyaksikan segalanya.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta segi tiga dan konflik perasaan
  • Perkahwinan berasaskan wasiat
  • Hubungan antara balu dan abang ipar
  • Pengorbanan, kesetiaan dan kepercayaan dalam rumah tangga

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel cinta Melayu
  • Peminat kisah perkahwinan dan konflik rumah tangga
  • Pembaca yang menyukai tema cinta selepas kehilangan
  • Peminat drama cinta penuh pengorbanan dan ujian

Maklumat Buku

  • Penulis: Maya Iris
  • Penerbit: Anaasa Publication
  • ISBN: 9789670870113
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan