• 8130
1

Suara Hati Publication

Cinta Itu Awak! Oleh Nojie

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Cinta Itu Awak! Oleh Nojie

Cinta Itu Awak! karya Nojie menampilkan kisah perjodohan yang diatur keluarga serta cabaran yang muncul selepas penyatuan tersebut. Kisah ini berpusat pada Nurul Nadya. Puas hati?" sendiri yang meminta untuk diceraikan. Tapi, kenapa hatinya sakit bila Hud dengan mudah melafazkan talak? Dalam enam bulan, hubungan mereka berakhir. Ternyata, cinta Hud Mikael bukan lagi untuk Nurul Nadya. Percaturan Tuhan, tiada siapa yang tahu.

Sinopsis Novel Cinta Itu Awak!

"Saya kata ceraikan."

"Saya ceraikan awak dengan talak satu! Puas hati?"

sendiri yang meminta untuk diceraikan. Tapi, kenapa hatinya sakit bila Hud dengan mudah melafazkan talak? Dalam enam bulan, hubungan mereka berakhir. Ternyata, cinta Hud Mikael bukan lagi untuk Nurul Nadya. Percaturan Tuhan, tiada siapa yang tahu. Mereka bertemu kembali selepas sepuluh tahun terpisah. Benih-benih cinta yang disangka sudah mati, kembali subur memekar. Hud jadi tak keruan. Nadya pula gelisah memanjang. Maka, Hud melancarkan misi untuk merebut kembali hati Nadya. Misi yang sepatutnya mudah, rupa-rupanya penuh dengan liku dan banyak halangan perlu ditempuhi. Sampai satu ketika, Hud benar-benar mahu mengibarkan bendera putih. Penat dan lelah mengejar cinta yang ternyata bukan untuknya lagi.

"Antara kita, memang takde peluang kedua ke?"

"Awak dah ada jawapannya Hud."

Melepaskan Hud pergi dari hidupnya, bukan bermaksud Nadya tak cinta. keadaan membuatkan dia terpaksa mengambil keputusan yang sukar demi menjaga banyak hati. Tapi... bolehkah dia bahagia dengan pilihan keluarga, sedangkan di hatinya cuma ada Hud? Dan apa reaksi Hud sekiranya rahsia yang disimpan oleh Nadya sepuluh tahun lalu terbongkar? Akan adakah peluang kedua untuk mereka?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Cinta Itu Awak!

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Nojie

  • Sayang, Anak Mak!
  • Misi Memikat Cik Hitler
  • Kombo November 2016
  • Bahagia Dosa Semalam