• 3349
1

Penulisan2u

Cinta Gantung Oleh Ilmar Imia

Regular price
RM 18.00
Sale price
RM 18.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Cinta Gantung Oleh Ilmar Imia

Cinta Gantung karya Ilmar Imia membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Afia. Orang kata, cinta itu membahagiakan. Tapi bagi AFIA, cinta itu menyusahkan. Setiap hari asyik bergayut di telefon dan keluar berjanji temu hingga tiada masa untuk diri sendiri. Tapi selepas dia mengenali ASYRAF, dia pun dua kali lima saja! Dia asalnya seorang

Sinopsis Novel Cinta Gantung

Orang kata, cinta itu membahagiakan. Tapi bagi AFIA, cinta itu menyusahkan. Setiap hari asyik bergayut di telefon dan keluar berjanji temu hingga tiada masa untuk diri sendiri.

Tapi selepas dia mengenali ASYRAF, dia pun dua kali lima saja! Dia asalnya seorang yang kedekut kredit, jadi ketagih membalas pesanan ringkas siang dan malam.

Baginya, walaupun Asyraf hanyalah lulusan SPM, tetapi baginya, pelukis komik sambilan itu kadangkala menjadi pembahas yang cukup baik! Yang seronoknya, bila merajuk saja, dapat hadiah. Ini yang buat dia rasa nak merajuk selalu.

“Kalau awak nak saya maafkan awak, awak belikan bear ni untuk saya.”

“Nah.”

“Saya nak yang besar, bukan yang kecik macam ni.”

“Kalau saya ada duit yang banyak, bukan setakat anak patung beruang, beruang yang betul pun saya sanggup beli.”

Bagi Asyraf pula, dia tidak tahu apa yang Afia inginkan. Tidak dibelikan anak patung beruang, dia merajuk. Lambat balas mesej pun, dia merajuk juga. Jadi bagaimana?

Akhirnya, tiba-tiba sahaja Asyraf mendiamkan diri. Sudahlah tidak bergayut seperti pasangan lain, punyalah banyak pesanan ringkas yang dihantar tapi Asyraf cuma balas dengan ucapan selamat malam kemudian berdiam diri.

“Ooo… Kata sibuk, banyak kerjalah, itulah, inilah. Tapi main Facebook, ada pula masa.”

“Maaflah, saya ada hal tadi.”

“Saya tak nak tahu!”

Adakah perubahan sikap Asyraf ada kaitan dengan cinta lamanya, Marlina yang kembali menagih kasih Asyraf? Bagaimanakah pula dengan Syukri, yang masih mengharap kepada Afia?
Tapi... bukankah kalau tak bergaduh, bukan cinta namanya?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Cinta Gantung

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu
  • Kekeluargaan

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Ilmar Imia

  • Bukan Tak Suka