• 3735
1

SR Publication

Cinta Dua Zaman Oleh Azri Misti

Regular price
RM 25.90
Sale price
RM 25.90
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Cinta Dua Zaman Oleh Azri Misti

Cinta Dua Zaman karya Azri Misti membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Panglima Bayang. Enam sahabat telah memilih Pulau Sibu sebagai destinasi percutian mereka bersempena dengan cuti semester yang baru bermula. Sedang mereka menikmati pelayaran kapal persiaran mewah Aizzer Cruise, tanpa diduga sebuah bahtera lanun datang menyerang! Semua

Sinopsis Novel Cinta Dua Zaman

Enam sahabat telah memilih Pulau Sibu sebagai destinasi percutian mereka bersempena dengan cuti semester yang baru bermula. Sedang mereka menikmati pelayaran kapal persiaran mewah Aizzer Cruise, tanpa diduga sebuah bahtera lanun datang menyerang! Semua penumpang lelaki dibunuh dengan kejam! Aina dan Dira berjaya diculik oleh lelaki berpakaian besi manakala yang lain-lainnya terpelanting dibawa arus lautan. Dalam tidak sedar, mereka telah melangkaui garisan waktu antara dua zaman! Pertemuan Shira dengan seorang lelaki soleh bergelar Panglima Bayang mengubah segala-galanya. Senyuman pendekar itu berjaya menambat hati kasarnya. Tidak ada sebab untuk dia menolak lelaki itu hadir dalam hidupnya. Dalam diam, cintanya dipahat kukuh untuk lelaki itu. Panglima Bayang adalah seorang lelaki satu dalam sebilion! Malangnya, sesuatu yang tidak diminta datang melanda. Hati gadis cantik itu luluh melihat kesungguhan Panglima Bayang mempertahankan dirinya sehinggakan sekujur tubuh pahlawan itu rebah bermandikan darah akibat disantau!

“Andai takdir masa terhenti, bulan di langit saksi segala. Dialah yang teratas, Dialah pilihan selamanya. Engkaulah yang pertama, engkaulah yang terakhir. Shira, laksana kejora, kau seri hatiku.”

Dapatkah Shira diselamatkan? Siapakah Panglima Bayang? Berjayakah Hakim menemui Shira? Cinta Dua Zaman antara Panglima Bayang dan Hakim hanya Shira yang boleh putuskan!

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Cinta Dua Zaman

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Azri Misti

  • Kerana Kau Bidadari