Karyaseni
Cik Isteri Dan Encik Suami Oleh Airisz
- Regular price
- RM 22.00
- Sale price
- RM 22.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Cik Isteri Dan Encik Suami Oleh Airisz
Cik Isteri Dan Encik Suami karya Airisz membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Hud Khusairi. Dah lama kejar bayang, kini abang datang, sayang. Siapa kata perkahwinan pilihan orang tua akan kekal hingga akhir hayat? Semua marahkan aku kerana alasan aku bercerai dengan menantu pilihan nenek sangat tidak boleh diterima akal. Hanya kerana dia lelaki
Sinopsis Novel Cik Isteri Dan Encik Suami
Dah lama kejar bayang, kini abang datang, sayang.
AKU? Nama aku Cantek Safia. Muda lagi, tapi dah jadi janda. Siapa kata perkahwinan pilihan orang tua akan kekal hingga akhir hayat? Tipu semua tu.
Semua marahkan aku kerana alasan aku bercerai dengan menantu pilihan nenek sangat tidak boleh diterima akal. Hanya kerana dia lelaki sejuk beku dan aku rasa dia suami tanpa perasaan, aku tarik diri dari hidupnya. Hidup seorang Hud Khusairi.
Dua tahun pegang status janda, tiba-tiba bertemu dengan dia semula. Di tempat kerja yang sama dan lebih menyakitkan hati, dia ialah ketua aku sekarang. Entah apa mimpi dia, dia macam cuba berbaik semula dengan aku.
“Esok abang jemput Fia.”
“Tak payah. Fia pergi dengan Kak Nor. Kak Nor sebulan kena kerja kat Shah Alam.”
“Jangan menyusahkan orang, Fia.Abang kan ada.”
“Abang siapa buat Fia?”
“Bukan sesiapa, tapi abang sentiasa ada untuk Fia.”
“Abang dah hilang akal ke?”
Dan akhirnya aku tahu Hud bukan cuba berbaik dengan aku, sebaliknya lain ceritanya. Kak Mona, teman sekerja aku kata, Hud selalu akhir-akhir ini menghimpit makan sekali dengan geng kami waktu tengah hari. Dia dengan yakinnya berkata, Hud nak mengurat Annisa yang cun itu.
Huh! Buat penat aje aku perasan. Dahlah Cik Aida pun duk target lama dah Hud tu. Memang Hud Khusairi digilai di sini dan dianggap duda yang seksi dan hot. Kalau ikut menyampah, aku dah nak letak jawatan, tapi mak paksa aku bertahan pula.
Macam mana aku nak jalani hari-hari dengan menghadap bekas duda aku di tempat kerja? Lagi satu, aku kena rahsiakan hal aku ini janda Hud sebab semua orang ingat bekas isteri Hud tu jahat orangnya. Sakit hati betul!
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Cik Isteri Dan Encik Suami
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
- Kekeluargaan
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Airisz
- Cik Cinderella dan Encik Tengku
- Cik Tukang Jahit & Encik Rebutan Airisz Terbitan Julai 2025
- Cik Blur Dan Encik Ikhlas
- Cik Juliet & Encik Romeo
- Cik Calla Lily Dan Encik Bos