Suara Hati Publication
Cik Delivery Oleh Dyadila
- Regular price
- RM 28.00
- Sale price
- RM 28.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Cik Delivery Oleh Dyadila
Cik Delivery karya Dyadila membawa pembaca menyelami konflik perasaan apabila hati terpaksa membuat pilihan antara lebih daripada seorang insan. Kisah ini berpusat pada Menjadi. Kisah cinta mereka bukanlah sehebat Romeo and Juliet. Bukan seromantis kisah Cinderella apatah lagi seagung cinta Rasullullah dan Saidatina Khadijah. Namun, kisah cinta yang biasa- biasa ini menjadi luar biasa bila ada ikatan rasa terhubung sebelum cinta.
Sinopsis Novel Cik Delivery
Kisah cinta mereka bukanlah sehebat Romeo and Juliet. Bukan seromantis kisah Cinderella apatah lagi seagung cinta Rasullullah dan Saidatina Khadijah. Namun, kisah cinta yang biasa- biasa ini menjadi luar biasa bila ada ikatan rasa terhubung sebelum cinta. Menjadi isteri belum waktunya kepada lelaki yang dia sendiri tak kenal. Walhal semuanya hanya drama semata-mata.
Inara Mikayla menerima cinta pada waktu dia terpaksa memilih di antara cinta dan keluarga. Silapnya dia memilih cinta sehingga diketepikan oleh keluarga sendiri. Dia lemah bila dia terpaksa terima kehilangan cinta dan kehilangan keluarga. Namun, demi Aqil dia bangkit menjadi seorang yang tabah dan sentiasa pandang ke depan.
Riyadh Aryan, lelaki yang hidup dengan kesempurnaan. Dia ada segala-galanya tapi, jarang rasa cukup. Wasiat arwah papanya supaya dia berkahwin dengan anak Tan Sri Marzuki bukanlah mudah untuk dilaksanakan. Lagi serabut bila satu Malaysia tahu dia bakal menjadi menantu Tan Sri Marzuki. Dia bukanlah takut nak kahwin tapi, dia takut dengan siapa dia nak kahwin.
Siapa pilihan Riyadh? Najla Sofiya yang serius dan berkarisma atau Yasmeen Hani yang cantik dan menawan serta selalu melafazkan kata cinta? Cik Delivery… kisah yang biasa-biasa tapi, menjadi luar biasa!
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Cik Delivery
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Dyadila
- Bidadara Cinta
- Kerana Kau
- Giler Kau
- Doktor Cinta
- Menantu VS Mentua