• 9266
1

Fajar Pakeer

Bukan Dia Tapi Aku Oleh Nurul Atiqh Ghuzir

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Bukan Dia Tapi Aku Oleh Nurul Atiqh Ghuzir

Bukan Dia Tapi Aku karya Nurul Atiqh Ghuzir membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Hati. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan? Walau berkongsi tarikh lahir, nasib Anna dan Nia sangat berbeza. Bagi Nia pula, badai yang datang memukul jiwanya tanpa henti. Sering Nia tertanya, kenapa dia dan bukan aku? Kehadiran Hazeer mengubat

Sinopsis Novel Bukan Dia Tapi Aku

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan? Walau berkongsi tarikh lahir, nasib Anna dan Nia sangat berbeza. Bagi Nia pula, badai yang datang memukul jiwanya tanpa henti. Bagai tiada elipsis sama sekali.

Sering Nia tertanya, kenapa dia dan bukan aku?

Kehadiran Hazeer mengubat lara Nia. Sepucuk surat pantun menjadi pengganti kata.

Bibir tertawa hati menangis,

Hati mendamba cinta sejati,

Harapan bahagia inginku lukis,

kerana ada engkau di hati.

Siapa sangka, surat perantara itulah titik pengubah segala. Sakit dan kecewa yang lama terpendam mengaburi hati. Persahabatan yang dulunya murni terputus bagaikan tiada erti.

Pertemuan semula dengan Hazeer yang sedang jatuh bagai cahaya penantian yang kembali menyuluh.

“Terima kasih Nia. Tak pernah saya sangka awaklah orang yang akan bantu saya di saat begini. Kalau awak tak ada, entah apa yang jadi dekat saya.” – HAZEER

Terdesak untuk merealisasikan impiannya, Nia sanggup berbuat apa saja. Tiada siapa dapat menghalang dari dia mendapatkan ‘hak’ yang pernah hilang.

Muncul pula ‘penyelamat’ misteri datang mengusik hati. Pesona keras yang terbina di atas kepahitan senang sekali dirungkai.

“Awak ni acah-acah garang konon macam kebal. Tapi jauh di sudut hati, awak sebenarnya macam tisu. Mudah koyak.” – ERIC

Satu per satu kemelut hidup Nia kembali berputar ligat sehingga akhirnya hampir meragut nyawa.

Siapa sebenarnya yang menjadi duri dalam daging kehidupan Nia?

Adakah lumrah untuk terkejarkan kasih yang bukan milik kita?

Ada hal yang lebih menyakitkan daripada kehilangan ialah harus melepaskan seseorang yang tempatnya masih di hati kita. Namun, percayalah, jika sesuatu itu milik kita ianya akan tetap kembali menjadi milik kita.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Bukan Dia Tapi Aku

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Nurul Atiqh Ghuzir

  • Diana Amaya
  • Rahsia Sebuah Takdir