• 9315
1

Karyaseni

BLACK GHOST UmarAlhaidar Oleh Rose Harissa

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

BLACK GHOST UmarAlhaidar Oleh Rose Harissa

BLACK GHOST UmarAlhaidar karya Rose Harissa membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Umar Alhaidhar. Saat cita-cita menjadi salah seorang ‘geng pecah pintu’ tercapai, Umar Alhaidhar menyedari bahawa hidupnya sangat dekat dengan kematian. Oleh itu bukan mudah bagi Umar mendedahkan ­identiti kepada orang awam termasuk kepada ­keluarga sendiri. Dia ceria dan

Sinopsis Novel BLACK GHOST UmarAlhaidar

Saat cita-cita menjadi salah seorang ‘geng pecah pintu’ tercapai, Umar Alhaidhar menyedari bahawa hidupnya sangat dekat dengan kematian.

Oleh itu bukan mudah bagi Umar mendedahkan ­identiti kepada orang awam termasuk kepada ­keluarga sendiri. Dia ceria dan perahsia dalam waktu bersamaan.

Tapi ketika bersama pasukan, setiap tindakan Umar mengungkapkan ketangguhan mental, tujuan dan tekad yang tak tergoyahkan. Segala parut yang ­terhasil ­daripada latihan intensiti tinggi dan ­operasi ­tersembunyi di sebalik ­uniform Umar. Hanya Megat Adri dan ­sahabat-sahabat Black Ghost yang mengetahuinya.

Sumpah perajurit komando yang dilafaz oleh Umar saat dianugerahkan beret hijau, menjadikan dia malas mencari cinta. Walau ada yang menyuakan diri. ­Bukan sembarangan perempuan boleh hidup bersamanya. ­Bertahun-tahun Umar tumpahkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan Rejimen. Sehinggalah dia bertemu seorang gadis. Sekali, tak sengaja. Dua kali, kebetulan. Tiga kali? Umar mula anggap gadis itu jodoh.

“Kenapa ak suka komando?” – UMAR ALHAIDHAR

“Sebab … ganas, gatal, kanibal! Jangan bagi tahu saya awak komando....” – MIKANADIRA

“Tak. Saya ‘askar pekak’.” – UMAR ALHAIDHAR

Tapi tuntutan tugas, memaksa Umar terpaksa ­melupakan si ­‘bunga yang wangi dan tercinta’.

Setelah para perwira menggadai nyawa ­mempertahankan kedaulatan negara sejak puluhan ­tahun lamanya, ada tangan-tangan ghaib membuka ­pintu kepada para ­bandit. Kuala Lumpur huru-hara.

Bagai halilintar, bersama para sahabat ‘Black Ghost’, Umar ­mempertaruhkan nyawa di ­Menara TRX.

Mampukah Kumbang menumpaskan musuh, ­melindungi orang awam dan kembali kepada ­bunganya?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel BLACK GHOST UmarAlhaidar

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Rose Harissa

  • Raid Arjuna
  • Saranghaeyo Arumi
  • Nur
  • Saranghaeyo, Arumi! (Arumi Kekasihku!)
  • Serigala Metropolis