Alaf 21
Berita Dari Hati Oleh Nurassyi Rashid
- Regular price
- RM 17.00
- Sale price
- RM 17.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Berita Dari Hati Oleh Nurassyi Rashid
Berita Dari Hati karya Nurassyi Rashid mengisahkan hubungan yang bermula dengan ikatan pertunangan dan pelbagai cabaran yang menguji hati. Kisah ini berpusat pada Aizzel. Zaqyah hampir mengkhianati tali pertunangan dengan Aizzel. Gadis itu menerima lamaran Aizzel bukan atas nama cinta, tetapi kerana rasa kasihan. Lantas, saat dipujuk kekasih lama, Hazali, supaya mengikutnya berkahwin di sempadan, Zaqyah tidak berfikir panjang.
Sinopsis Novel Berita Dari Hati
Zaqyah hampir mengkhianati tali pertunangan dengan Aizzel. Gadis itu menerima lamaran Aizzel bukan atas nama cinta, tetapi kerana rasa kasihan. Lantas, saat dipujuk kekasih lama, Hazali, supaya mengikutnya berkahwin di sempadan, Zaqyah tidak berfikir panjang. Malangnya, kelibat Hazali tidak kunjung tiba di stesen kereta api, lokasi pertemuan seperti yang dijanjikan.
Gadis itu pulang dengan penuh kehampaan dan nekad mengotakan kata setuju yang sudah dilafazkan. Fikirannya menyuruh berlaku waras sedangkan hatinya masih tegar diulit memori indah bersama Hazali. Di gerbang perkahwinan, dia masih tidak mampu membuat pilihan dan akhirnya sengsara itu tetap menunggunya. Aizzel seorang suami yang gagal menterjemah cinta lantaran hati tersiat oleh ego lelaki yang keras seperti konkrit. Zaqyah tertanya-tanya mengapa semua lelaki yang dikenali sering mengecewakan hatinya.
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Berita Dari Hati
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Nurassyi Rashid
- Cinta MOU