• 8205
1

Fajar Pakeer

Berikan Aku Sebutir Bintang Oleh Norra Hassan

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Berikan Aku Sebutir Bintang Oleh Norra Hassan

Kata Adhara, dia tidak akan menuntut hak sebagai sebagai isteri.

"Walaupun I tak minta cinta, I minta you berlaku setia." - ADHARA

Pinta Altair, jangan jatuh cinta kepadanya.

"Aku tak akan jatuh cinta dengan kau. Aku hanya mahukan Nazira." - ALTAIR

Demi menyembunyikan aib dalam perut, Adhara mencari seorang suami. Demi melindungi Nazira yang dicintai, Altair rela mempertaruhkan diri walaupun nanti si kekasih bakal membenci. Atas persetujuan bersama, akad dimaterai. Mereka yakin bahawa bersatu dalam pernikahan, berdua dalam kamar bahkan saling berkongsi tempat tidur tidak akan menghadirkan cinta dalam hati. Yang mengikat hanya persetujuan dan perjanjian yang ada tamat tempohnya. Namun, akibat fitnah... mereka terpisah dan menjauh. Adhara memilih pergi. Altair hidup dalam teka teki. Pertemuan setelah lama terpisah, membawa kepada kisah masa lalu yang belum terungkap. Perpisahan menyedarkan mereka tentang erti cinta yang sesungguhnya.

"You tu siapa nak mengukur sedalam mana luka hati I." - ADHARA

Ketika pilihan ada di tangan mereka, mengapa mesti ada sang hitam yang menjadi bayang-bayang masa lalu? Sanggupkah Adhara melalui kenyataan pahit itu sekali lagi? Bukan tugas mudah untuk Altair menebus kesalahannya walaupun sebenarnya ia sudah terlambat. Jika DIA mengggariskan takdir bersama. Sejauh mana mereka terpisah, sekejam apa rintangan yang menghadang. Pasti ada sebab untuk kembali seperti bintang yang tetap punya alasan untuk berteman dengan malam :(:

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Perkahwinan atas persetujuan dan perjanjian
  • Cinta selepas berkahwin
  • Kehamilan dan usaha menyembunyikan aib
  • Fitnah, rahsia masa lalu dan salah faham

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Peminat kisah cinta selepas berkahwin
  • Pembaca yang menyukai tema perkahwinan kontrak atau perjanjian
  • Peminat drama rumah tangga, fitnah dan rahsia masa lalu

Maklumat Buku

  • Penulis: Norra Hassan
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838220255
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan