SR Publication
Atas Sejadah Cinta Oleh Qis Zakirah
- Regular price
- RM 26.00
- Sale price
- RM 26.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Atas Sejadah Cinta Oleh Qis Zakirah
Atas Sejadah Cinta karya Qis Zakirah membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Zaim. Demi kasih terhadap Zaim, dia rela berkorban apa sahaja demi melihat suaminya bahagia. Biarpun sering terluka, Syamimi terus tabah menanti kasih suaminya. Cukuplah senafas dirasai, itu sudah memadai baginya. Awak boleh buat permintaan untuk saya menikahi
Sinopsis Novel Atas Sejadah Cinta
Demi kasih terhadap Zaim, dia rela berkorban apa sahaja demi melihat suaminya bahagia. Biarpun sering terluka, Syamimi terus tabah menanti kasih suaminya. Cukuplah senafas dirasai, itu sudah memadai baginya.
Oh! Awak boleh buat permintaan untuk saya menikahi suami awak sedangkan permintaan saya awak tidak sudi terima. Awak fikir saya ini apa?Walaupun cinta saya pada Zaim begitu mendalam, tetapi saya tidak sebegitu hina untuk meruntuhkan rumahtangga orang lain”.
Airmata Sumaiyyah sudah mengalir tidak henti-henti. Dia benar-benar tidak menyangka wanita yang dinikahi Zaim punya hati yang begitu mulia sehingga sanggup mengorbankan diri sendiri demi kebahagiaan suaminya.
“Entah anak siapa yang dikandungnya lepas itu kau perangkap akukan? Nak tutup perbuatan keji kau yang tak sepadan dengan penampilan kau yang ala-ala perempuan solehah konon”.
Tuduhan yang dilemparkan oleh Zaim itu membuatkan hati Syamimi benar-benar tersiat. Tidak pernah terlintas walau sedetik di hatinya untuk curang dengan suami yang disayangi biarpun kala ini Zaim sudah tidak mengingatinya.
“Sumaiyyah, betapa pedihnya hati abang bila Sumaiyyah cela abang bermacam-macam. Sumaiyyah cakap Sumaiyyah malu mempunyai seorang suami yang tak bermaruah seperti abang”.
“Sumaiyyah tuduh abang buat kerja terkutuk. Sumaiyyah jijik dengan abang, malah yang paling mengguriskan hati abang Sumaiyyah cakap abang tak layak menjadi bapa kepada anak kita”.
Sumaiyyah terus meraung sekuat hati sambil memeluk kaki Farihin seerat-eratnya. Sumaiyyah mulai merasa takut. Bagaimana jika Farihin enggan memaafkannya? Bagaimana jika Farihin menghukumnya dengan sesuatu di luar jangkaannya?
Farihin, lelaki baik dan warak yang begitu naif tidak sudah-sudah hatinya dilukai namun dia tidak pernah letih memberi kemaafan. Segala cerca dan penghinaan ditelan jua demi kasih terhadap Sumaiyyah. Di Atas Sejadah Cinta, itulah isteri yang diharap menantinya di jannah Allah.
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Atas Sejadah Cinta
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Qis Zakirah
- Menggamit Kasih Teragung
- Di Atas Takdir Ilahi