• 7773
1

Kaseh Aries Publication

Ash Dan Aish Oleh Maya Adira

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Ash Dan Aish Oleh Maya Adira

“Seseorang untuk aku cintai”

Siapa kata kahwin tu indah? Siapa cakap jatuh cinta itu macam pelangi, penuh warna-warni, hangat dan bahagia?

Ashrafi
Misterius dan pendiam. Lari daripada keluarga kerana perbezaan pendapat dan daripada cinta yang dirundung nestapa.

Aisha
Gadis polos dari kampung. Hijabnya terbuka sampai dia tak senang duduk. Selepas dibawa berubat, barulah lega.

Sanctuary Kafe menemukan Ashrafi dan Aisha, mengikat mereka dalam ikatan perkahwinan. Aisha hanya main-main. Ashrafi hanya mahu menolong. Baginya, gadis itu hanyalah pembantu. Manis dengan sikap gila-gila, buat dia tersenyum dalam rahsia.
Tolong konon, namun sebenarnya hati lelaki itu dijentik rasa luar biasa.
Sedangkan Aisha pula, terjebak dalam perkahwinan yang dia sendiri tidak pasti kenapa dia lakukan. Begitupun dia bersyukur dan bahagia menjadi isteri tanpa cinta kepada Ashrafi. Dia juga dapat menumpang kasih keluarga baharu.

“Kenapa awak boleh nampak saya?”

~ Ashrafi

“Maafkan saya kerana tak memahami ketakutan awak.”

~ Aisha
Namun, insiden kemalangan Ashrafi membuka tetingkap rahsia yang bersimpang-siur. Ashrafi terbaring koma namun ‘Ashrafi’ yang satu lagi datang menemani Aisha. Kelam-kabut dan tunggang terbalik hidupnya. Pencarian dan perjalanan yang penuh dengan seribu rasa menduga rasa cinta yang baru terbit. Dalam hati yang mula memekar, ada rindu yang bersembunyi.

“I saw your worst but I still stay.”

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Perkahwinan tanpa cinta dan cinta yang berkembang selepas berkahwin
  • Trauma, konflik keluarga dan luka masa lalu
  • Misteri identiti serta rahsia di sebalik diri Ashrafi
  • Unsur paranormal, penglihatan ghaib dan pengalaman koma

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari kisah cinta selepas perkahwinan
  • Peminat novel Melayu berunsur misteri dan paranormal
  • Pembaca yang suka watak lelaki pendiam, misterius dan terluka
  • Peminat kisah cinta dengan konflik keluarga serta rahsia masa lalu

Maklumat Buku

  • Penulis: Maya Adira
  • Penerbit: Kaseh Aries Publication
  • ISBN: 9789672035411
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan