• 9548
1

Idea Kreatif

Aries Oleh Hunny Ow

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Aries Oleh Hunny Ow

Aries karya Hunny Ow membawa pembaca menyelami kehidupan golongan bangsawan yang penuh cabaran dan emosi. Kisah ini berpusat pada Nur Aynaries Delisha. Aku nak kau hidupkan perempuan ini dengan nama Aries!” - Tengku Rexian Maka, bermulalah kisah duka seorang Nur Aynaries Delisha. Hidupnya bersama Mak Timah, tak pernah ada yang manis. Caci maki dan sepak terajang adalah ‘makanannya’ setiap hari. Pun begitu,

Sinopsis Novel Aries

“Matikan identiti sebenar dia. Aku nak kau hidupkan perempuan ini dengan nama Aries!” - Tengku Rexian

Maka, bermulalah kisah duka seorang Nur Aynaries Delisha. Hidupnya bersama Mak Timah, tak pernah ada yang manis. Caci maki dan sepak terajang adalah ‘makanannya’ setiap hari.

“Kalau kau rasa kesian, kau ambillah Aries tu jadi anak angkat kau!” - Mak Timah

“Cuba mak fikir, kalau kita jual Aries tu, tak ke kita akan jadi kaya?” – Riena

Bila Aries tahu rancangan jahat untuk menjualnya, dia lari membawa diri. Pun begitu, dia bagaikan terlepas dari mulut buaya, masuk pula ke mulut harimau. Pertemuannya dengan Tengku Rizqish membuka lembaran duka buat kali kedua.

“Ingat Riz, dia bukan Elisha. Dia Aries.”- Aydeen

“Aku ambil dia bukan sebab muka dia sama dengan Elisha. Tapi sebab aku perlukan maid.” – Tengku Rizqish

Apa yang dikata oleh Tengku Rizqish, tidak seperti apa yang dikota. Sebaliknya, Aries menjadi mangsa sakit hati dan dendamnya yang telah sekian lama terpendam.

“Kalau aku tahu Aries tu Elisha, dari dulu lagi aku dah bunuh dia!” – Tengku Rizqish

“Kau jangan buat kerja gila, Riz, Aries tu masih tunang kau!” – Danny

"Tunang aku dah lama mati, Danny!” - Tengku Rizqish

Namun apabila segalanya terbongkar, semuanya sudah terlambat. Aries bukan seperti Aries yang dia kenal sebelum ini. Baru dia sedar, hidup bertuhankan dendam akan membawa seribu penyesalan. Menangis air mata darah sekalipun dia tidak dapat menebus dosanya terhadap Aries.

“Aries, ni abang. Su... suami Aries.” - Tengku Rizqish

“Bila masa aku isteri kau, Riz? Kau gila ke apa?” – Aries

Mampukah Tengku Rizqish memujuk hati Aries yang telah mati akibat perbuatannya? Siapa sebenarnya Aries yang selama ini dimatikan identitinya?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Aries

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Hunny Ow

  • Demi Satu Cinta