Dear Novels
Aku Yang Bersalah Oleh emma Mariam
- Regular price
- RM 24.00
- Sale price
- RM 24.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Aku Yang Bersalah Oleh Emma Mariam
Aku Yang Bersalah karya Emma Mariam membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Izz Athif. Kerana kesilapan lampau, Izz Athif nekad untuk membetulkan keadaan. Namun, segalanya tidak semudah yang dirancang. Dalam diam, tanpa dia sedar dia jatuh cinta kepada gadis itu. Perasaannya dibuang jauh kerana dia tahu, dia tidak layak untuk mencintai Elina
Sinopsis Novel Aku Yang Bersalah
Kerana kesilapan lampau, Izz Athif nekad untuk membetulkan keadaan. Namun, segalanya tidak semudah yang dirancang. Dalam diam, tanpa dia sedar dia jatuh cinta kepada gadis itu. Perasaannya dibuang jauh kerana dia tahu, dia tidak layak untuk mencintai Elina setelah dia sendiri menghancurkan masa depan dan hidup gadis itu.
Bagi Elina pula, kehadiran Izz Athif memberi sinar baru dalam hidupnya. Izz Athif datang seperti hero, sentiasa ada pada setiap saat dia memerlukan. Hati yang selama ini kosong, mula terisi dengan kehangatan kasih Izz Athif.
“Kahwin dengan saya.”- Izz Athif.
Lamaran Izz Athif membuka lembaran baru dalam hidup Elina. Kerana janji dan sumpah setia Izz Athif, Elina bukakan hati untuk menerima lelaki itu sebagai suami.
“El percayakan bie. Dalam perhubungan juga kena ada rasa saling percaya mempercayai. Selain soal ubat hari tu, El tak ada apa-apa rahsia. Dan, bie? Bie pun tak ada rahsiakan apa-apa daripada El, kan?”- Elina
Sebaris soalan pendek itu mengelukan lidah Izz Athif. Apa yang harus dia lakukan andai rahsia besar yang disembunyikannya Elina tahu? Rasa cinta yang kian bercambah membuatkan Izz Athif semakin takut. Tak sanggup Elina membenci siapa dirinya yang sebenar...
Dan, Elina rebah bila mendapat tahu siapa Izz Athif sebenarnya...
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Aku Yang Bersalah
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Emma Mariam
- Pandu Arah Ke Hati
- Intai Hati Dia
- Suka Awak Dari Dulu
- Teka Hati Dia
- Mencintaimu Mr. Photographer