Suara Hati Publication
Aku Ada Untukmu Oleh Dilla Ahmad
- Regular price
- RM 24.00
- Sale price
- RM 24.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Aku Ada Untukmu Oleh Dilla Ahmad
Aku Ada Untukmu karya Dilla Ahmad membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Kahwin. Susah jadi lelaki hensem dan kaya ni! Macam dalam novel, lelaki seperti ini pasti menjadi rebutan. Begitu juga yang berlaku pada diri Ian Zarief. Anissa janda anak satu a.k.a ex-girlfriend a.k.a isteri kepada arwah kawan baiknya, menuntut janji untuk kembali
Sinopsis Novel Aku Ada Untukmu
Susah jadi lelaki hensem dan kaya ni! Macam dalam novel, lelaki seperti ini pasti menjadi rebutan. Begitu juga yang berlaku pada diri Ian Zarief. Anissa janda anak satu a.k.a ex-girlfriend a.k.a isteri kepada arwah kawan baiknya, menuntut janji untuk kembali bersama. Sorang lagi, Amalia anak kepada BFF mamanya, Datin Adira juga turut mengejarnya. Dua-dua dia tak suka. Tak nak serabut otak, dia akhirnya memutuskan untuk berkahwin tanpa cinta dengan seorang pekerja kedai buku, suka cakap lepas dan miskin sebab tiada telefon bimbit. Alisa namanya.
“Kahwin dengan saya dan saya akan menanggung segala bil pembedahan awak tu!”- Ian Zarief
Oh, ya. Alisa juga sakit. Malah, abahnya di rumah juga sedang terlantar kerana lumpuh. Alisa tersepit. Dia perlukan wang untuk mengubati sakitnya. Kalau tak, siapa yang akan menjaga abahnya itu? Tawaran Ian Zarief sangat menarik, tapi….
“Orang perempuan mana boleh berkahwin dengan lelaki yang dia tak sayang!”- Alisa
Demi abahnya, Alisa bersetuju juga berkahwin dengan lelaki yang baru dua bulan dia kenal. Punyalah cepat, sampaikan nama penuhnya pun Ian Zarief tak tahu. Hailah!
Syarat Ian ‘jangan jatuh cinta’, tapi tidur tetap nak sekatil. Ini bukan novel, nak tidur asing-asing katanya. Berbagai rintangan yang mereka lalui dalam mempertahankan hubungan tanpa cinta ini. Gangguan tetap ada. Rahsia hidup Alisa menjadi punca. Klisekah jalan cerita mereka ini akhirnya?
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Aku Ada Untukmu
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Dilla Ahmad
- LUQ
- Encik Fayed My Man
- Cik House Keeping I Love You
- Darjat Cinta
- Hanya Kamu, Johanna