Fajar Pakeer
Abang Romantik Rumah Sebelah Oleh Ezdiani Abd Rahman
- Regular price
- RM 24.00
- Sale price
- RM 24.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Abang Romantik Rumah Sebelah Oleh Ezdiani Abd Rahman
Abang Romantik Rumah Sebelah karya Ezdiani Abd Rahman membawa pembaca menyelami kisah cinta yang diberi peluang kedua. Kisah ini berpusat pada Hati. Perkenalan si penghantar piza dan seorang cikgu sekolah bermula. Faisha terlantar di hospital selepas dilanggar tanpa sengaja oleh Luth Fahim. Pantang sahaja nampak muka Luth, Faisha akan melenting. Apatah lagi hatinya sudah tanam perasaan benci kepada orang
Sinopsis Novel Abang Romantik Rumah Sebelah
Perkenalan si penghantar piza dan seorang cikgu sekolah bermula. Faisha terlantar di hospital selepas dilanggar tanpa sengaja oleh Luth Fahim. Pantang sahaja nampak muka Luth, Faisha akan melenting. Apatah lagi hatinya sudah tanam perasaan benci kepada orang lelaki. Faisha jadi begitu kerana pernah kecewa sebelum ini. Tanpa siapa tahu, Faisha merupakan janda, tapi janda tak terusik. Satu jam berkahwin dia diceraikan. Sebab kisah itulah Faisha berubah kasar dan membenci lelaki.
Luth pula terhibur bila ada bersama dengan Faisha. Garang-garang Faisha buatkan dia tersuka juga. Luth si duda kacak, baru sahaja berpisah dengan isterinya. Setahun berkahwin dirinya dikhianati oleh isterinya sendiri. Kononnya mahu tutup pintu hati buat sementara waktu, tapi bila bertemu Faisha dia jadi tak menentu. Asyik teringat dan terbayang si janda tomboi.
“Hidup awak akan bermakna kalau jatuh cinta pada saya. Tak percaya jom kita bercinta.” – Luth
“Aku benci orang lelaki. Kau nak ajak aku bercinta banyak kali pun jawapan aku tetap sama. Tak nak!” Faisha.
Luth tak pernah putus asa. Lagi Faisha jual mahal, lagilah dia mahu mendekati Faisha. Kalau hati dah berdetak kencang itu tandanya dia dah terlajak suka. Dia nekad memikat Faisha. Terus diajak Faisha kahwin. Hati budi itu belakang soal.
Mereka disatukan sebagai suami isteri. Tapi, hati Faisha tetap keras macam batu. Jual mahal. Kalau hari-hari Luth asyik memikat, hati batu pun jadi cair. Terlentok tak mahu berpisah juga nanti bila dah terkena penyakit angau. Mari abang romantik nak ajar bercinta.
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Abang Romantik Rumah Sebelah
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Ezdiani Abd Rahman
- Kau Adalah Dia
- Cinta Tersalah Alamat
- Sepupuku Jadi Isteriku
- Bukan Itu Yang Kuinginkan
- Cinta Tak Sempurna