• 1419
1

Kaki Novel

2 X 5

Regular price
RM 19.00
Sale price
RM 19.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis 2 X 5

Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee pernah berpujangga: Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Itulah asam garam hidup berumah tangga, pahit manis pastinya akan terasa.

Pada Syakirin, Zaim bukan lelaki jahat. Zaim itu lelaki baik. Cuma perlu ada teknik yang mantap sahaja untuk menjinakkannya.

Pada Zaim, Syakirin itu okey juga. Cuma hatinya sahaja belum terbuka untuk menerima kehadiran wanita lain selepas peristiwa pengantin perempuannya hilang di hari pernikahannya dahulu.

Setebal mana tembok ego lelaki, pasti akan runtuh juga akhirnya apabila melihat haknya yang halal itu sudah indah berdiri di depan mata. Masakan dia mahu menolak. Dari rasa dingin, mereka berdua mula membina mahligai bahagia bersama.

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Datangnya Sofea dengan tiba-tiba mengganggu kehormanian rumah tangga yang dibina. Bila datang insan ketiga memang payah untuk meletakkan rasa percaya pada pasangan kerana wanita biasa pasti sahaja punya rasa marah bila mana haknya cuba dirampas oleh wanita lain.

Di dalam kalut dengan kehadiran Sofea, muncul pula Johan Razi, si hartawan punya harta tak habis makan menimbulkan cemburu di hati Zaim. Masakan dia tidak berperasaan begitu andai isterinya bukan main bermanis bahasa dengan duda beranak satu itu.

Antara Syakirin dan Zaim, mereka saling menuduh siapa yang curang. Mereka mula mencemburui sesama sendiri. Bila sudah masing-masing 2×5 memang susah nak tentukan siapa salah siapa betul. Syakirin atau Zaim?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Konflik dan cabaran dalam kehidupan rumah tangga
  • Cemburu, prasangka dan kepercayaan antara pasangan
  • Kehadiran orang ketiga dalam perkahwinan
  • Ego, komunikasi dan usaha memulihkan hubungan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel cinta dan kisah rumah tangga
  • Pembaca yang suka konflik pasangan suami isteri
  • Peminat cerita tentang cemburu, salah faham dan orang ketiga
  • Pembaca wanita yang menggemari watak serta emosi hubungan yang kompleks

Maklumat Buku

  • Penulis: Areila Sahimi
  • Penerbit: Kaki Novel
  • ISBN: 9789675067396
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan