• 8270
1

Penulisan2u

1 Pengakuan 9 Luahan Oleh Azura Rasiddin

Regular price
RM 32.00
Sale price
RM 32.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis 1 Pengakuan 9 Luahan Oleh Azura Rasiddin

LELAKI itu merupakan orang terakhir yang ingin dia jumpa sebaik sahaja pulang ke Malaysia tetapi kenapa lelaki itu yang ditemuinya pada hari pertama dia di sini?  Adakah itu satu suratan ataupun kebetulan?

Pertemuan dengan bekas suaminya itu membuatkan dia terkenang kembali tragedi yang berlaku enam tahun lepas. Tragedi yang telah merubah kehidupannya 360 darjah.

“Aku benci kau, pembunuh!” – DHIRA

Tempikan, herdikan dan kata-kata hinaan pada enam tahun lepas masih tersemat rapi di kotak fikiran Zafran, masih menghantui dirinya. Sementara Dhira pula dihimpit rasa bersalah kerana kata-katanya itu, menyesali keterlanjuran bicaranya.

Pertemuan demi pertemuan membuatkan hubungan yang pada mulanya janggal bertukar mesra. Gelak tawa dan senda gurau menghiasi hari mereka.

“Awak nak kahwin dengan saya semula tak?” - DHIRA

“Maaf. Saya terpaksa tolak lamaran awak. Saya tak nak ulang kesilapan saya.” - ZAFRAN

Itu jawapan Zafran tetapi tiba-tiba dia menghantar rombongan meminang.

“Sebelum kita bernikah, awak boleh tarik diri. Tapi lepas kita bernikah, saya tak akan lepaskan awak lagi.” - ZAFRAN

Mana mungkin Dhira tarik diri sedangkan dia ingin memiliki Zafran. Namun, rumah tangga mereka tidak seperti orang lain. Zafran seolah-olah membina tembok antara mereka. Dhira tahu kenapa tembok itu wujud dan dia nekad untuk runtuhkan tembok itu dengan 1 Pengakuan 9 Luahannya.

Ikuti Dhira dalam misi menambat hati si suami yang masih ditenggelami dengan kenangan lalu. Berjayakah Dhira menamatkan 1 Pengakuan 9 Luahannya? Atau masih ada luahan yang tidak terungkap?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta kedua dan peluang untuk membina semula hubungan
  • Perkahwinan semula dengan bekas pasangan
  • Trauma akibat tragedi masa lalu
  • Rasa bersalah, penyesalan dan proses memaafkan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari kisah cinta kedua
  • Peminat novel tentang hubungan bekas suami isteri
  • Pembaca yang menyukai tema perkahwinan dan konflik rumah tangga
  • Peminat kisah romantik beremosi dan penuh penyesalan

Maklumat Buku

  • Penulis: Azura Rasiddin
  • Penerbit: Penulisan2u
  • ISBN: 9789670992297
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan