Idea Kreatif
Maaf Tak Indah Oleh Emy Roberto
- Regular price
- RM 26.00
- Sale price
- RM 26.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Maaf Tak Indah Oleh Emy Roberto
Perkahwinan mereka yang bahagia selama ini tiba-tiba berubah apabila Syazan disahkan mengandung. Baru mereka sedar rupanya keinginan masing-masing berbeza. Syazan tak mahukan anak tapi, Raimie sangat mahukannya. Tindakan Syazan menyebabkan mereka hampir kehilangan anak yang dikandung. Dan apabila dia mula sedar, waktunya sudah terlewat. Dia kehilangan semuanya. Bahagia mereka musnah sekelip mata. Raimie pergi membawa anak mereka.
Lima tahun berlalu..
Pertemuan semula antara mereka menyentuh memori lama. Rindu pada si anak bagai membunuh Syazan.
"Saya nak jumpanAdam."
-Syazan.
"Temankan saya untuk satu malam. How bout that?"
-Raimie.
Syazan tahu permintaannya mungkin sangat mustahil untuk ditunaikan oleh Raimie. Malah keadaan menjadi semakin rumit bila rahsia yang disimpan bertahun lama diketahui oleh lelaki itu.
"Kalau saya diberi peluang untuk ubah jalan cerita kita, saya pasti akan ubah supaya kita sama-sama tidak terluka."
-Syazan
Apa sebenarnya yang Syazan sembunyikan dari pengetahuan Raimie? Adakah Ikatan yang terlerai akan bersambung kembali?
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Konflik rumah tangga akibat perbezaan keinginan untuk memiliki anak
- Kehamilan, keibubapaan dan tanggungjawab dalam perkahwinan
- Perpisahan, kehilangan serta penyesalan selepas perceraian
- Pertemuan semula pasangan selepas lima tahun
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu
- Pembaca yang tertarik dengan kisah rumah tangga dan konflik perkahwinan
- Pembaca yang menyukai tema perpisahan dan peluang kedua
- Pembaca yang gemar kisah keluarga, keibubapaan dan kasih sayang anak
Maklumat Buku
- Penulis: Emy Roberto
- Penerbit: Idea Kreatif
- ISBN: 9789672137757
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg