Alaf 21
Andai Kau Jodohku
- Regular price
- RM 19.90
- Sale price
- RM 19.90
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Andai Kau Jodohku
RIANA Syuhada Adam, gadis wartawan yang begitu komited dengan kerja dan tidak suka berbicara soal jodoh. Hatinya sekeras kerikil hingga dia tidak mudah jatuh cinta. Namun jauh di sudut hati, dia masih menyimpan janji setia dengan teman sepermainan sewaktu kecilnya, Minul. Kepada lelaki itu sahajalah disandarkan harapan untuk menggapai bahagia.
Hidupnya yang tenang, tiba-tiba menjadi kacau bila menjadi mangsa tipu muslihat dan kuasa mistik manusia bejat yang akhirnya menemukan dia dengan Danish Haiqal. Terlepas daripada saat getir dan selamat di sisi pemuda itu, membuatkan hati Riana tidak keruan. Danish berjaya meruntun hatinya. Malah, Danish turut menyimpan perasaan terhadapnya.
Pertalian antara Danish dan Syed Aminul membuatkan keadaan semakin kusut! Danish dan Syed Aminul sebenarnya sepupu! Malah, Riana sendiri mendapat tahu bahawa Syed Aminul sudah pun berkahwin.
Riana kecewa. Lelaki yang diharapkan untuk menggapai kebahagiaan tidak mungkin menjadi miliknya. Haruskah dia mendambakan cintanya pula itu kepada Danish, sedangkan Danish sudah berjanji akan menyatukannya dengan Syed Aminul? Sayangnya... Riana tidak tega bermadu!
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Konflik cinta tiga segi antara Riana, Danish Haiqal dan Syed Aminul.
- Persoalan jodoh, janji cinta dan kesetiaan sejak zaman kanakkanak.
- Dilema memilih antara cinta baharu dengan harapan lama.
- Unsur mistik, tipu muslihat dan ancaman manusia berniat jahat.
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu.
- Peminat kisah cinta tiga segi dan konflik perasaan.
- Pembaca yang tertarik dengan tema jodoh, kesetiaan dan pengorbanan.
- Peminat novel romantik berunsur misteri dan mistik.
Maklumat Buku
- Penulis: Liza Zahira
- Penerbit: Alaf 21
- ISBN: 9789831245897
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg