• 9569
1

Karyaseni

Cik Tukang Jahit & Encik Rebutan Oleh Airisz

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Cik Tukang Jahit & Encik Rebutan Oleh Airisz

“Untungnya aku, dalam ramai-ramai, dia pilih aku — padahal dia tu Encik Rebutan!”

Nama aku Intan Zahra. Anak tunggal kesayangan mak. Aku dilahirkan selepas hampir enam tahun usia perkahwinan mak dengan ayah. Namun berita gembira itu dibalas dengan berita yang menyedihkan. Isteri kedua ayah turut melahirkan anak. Namanya Qistina. Seluruh tumpuan diberikan kepada Qistina. Ayah langsung tak pandang aku.

Tahun demi tahun, aku sudah dewasa dan bergelar wanita. Aku fikirkan, ujian emak sudah berakhir tapi ternyata tidak. Aku pula putus tunang dengan Aryan. Aku lebih risaukan emak. Mesti dia sedih.

“Relakslah, mak. Baru putus tunang. Belum putus kepala.”

Kononnya aku hendak pujuk emak. Tapi bila tahu Aryan bernikah dengan Janna, terus aku naik angin. Janna, adik tiri aku merangkap adik Qistina! Terus aku teringat yang Aryan ada hutang aku tujuh ribu ringgit. Tak bayar, siaplah!

Satu hari, ada seorang doktor kacak buka klinik di sebelah kedai jahit emak. Entah kenapa dia macam berminat nak kawan dengan aku. Doktor Zuhri namanya.

“Hai, sayang.”

Mak, tolong mak! Ada orang panggil anak mak sayang! Bahagianya.
Tapi aku musykil, kenapa dalam ramai-ramai wanita di luar sana, Doktor Zuhri sukakan aku? Apa ada pada aku ni? Masak pun jarang-jarang.

“Saya pun terlupa nak beritahu doktor. Saya memang tak berapa pandai memasak.”
“Saya cari isteri, bukan saya cari tukang masak.”

Lagilah aku terasa bagai dunia aku yang punya. Memang lelaki idaman Malaya. Tapi tak lama selepas tu, aku dapat amaran yang keras daripada Qistina, adik tiri aku tu.

“Kau sengaja goda Abang Zuhri sebab kau tahu dia bakal tunang aku. Kau kena tinggalkan juga Abang Zuhri. Kalau tidak, aku akan bunuh diri!”

Ah, sudah, ugut bunuh diri pula. Kenapalah keturunan perampas ini selalu buat masalah dengan bakal jodoh aku? Patut aku biar atau mengalah saja? Tambahan pula bila ayah masuk campur minta aku tinggalkan Doktor Zuhri yang sudah mula curi hati aku…

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Percintaan dan konflik perebutan jodoh antara Intan Zahra dengan Doktor Zuhri.
  • Konflik keluarga akibat perkahwinan poligami, pilih kasih ayah dan hubungan adikberadik tiri.
  • Putus tunang, pengkhianatan cinta dan perkahwinan bekas tunang dengan adik tiri.
  • Ketabahan wanita, harga diri dan keberanian mempertahankan hak dalam hubungan.

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel Melayu yang menggemari kisah cinta ringan dan menghiburkan.
  • Pembaca yang menyukai tema cinta tiga segi dan perebutan jodoh.
  • Peminat cerita konflik keluarga, adikberadik tiri dan perkahwinan poligami.
  • Pembaca yang gemar watak wanita berani, lucu dan mempunyai pendirian.

Maklumat Buku

  • Penulis: Airisz
  • Penerbit: Karyaseni
  • ISBN: 9789674692377
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan