• 4152
1

Lovenovel

Gemalai Kasih Oleh Lynn Safiya

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Gemalai Kasih Oleh Lynn Safiya

Intan Marliana (Lia) seorang anak yang patuh kepada orang tuanya. Disebabkan kesalahan abang-abangnya yang lalu, Lia sering berkorban demi menjaga hati ibu dan bapanya yang tercalar. Maka pinangan Asrul Effendi (Effendi), seorang duda beranak satu, diterima atas dasar patuh kepada ibu dan bapanya, walaupun pada mulanya dia cuba memujuk lelaki itu untuk tidak meneruskan niat untuk memperisterinya.

“So! Our parents think we should marry!” - Effendi

“... Lia langsung tak kenal Fendi ni, so how can we marry? - Lia

Namun mengapa Effendi yang tidak lagi percaya kepada cinta, bersungguh-sungguh inginkan Lia sebagai isterinya?

“Cinta? Fendi pernah kahwin atas dasar cinta. Tak berkekalan pun! So, why not with someone I don’t know? Lagipun, my mother thinks you are perfect for me.” - Effendi
Apakah muslihat di sebalik pinangan itu? Sejak kegagalan perkahwinannya yang pertama, hati Effendi sudah tertutup. Maka hati halus Lia terpaksa dikecewakan agar gadis itu tidak menaruh sebarang harapan terhadapnya. Namun mengapa hatinya turut terluka pada saat hati Lia terpaksa dilukai?

Kelembutan Lia menambat hati Effendi. Penerimaan Lia terhadap anak kecilnya, Ina, menyentuh jiwanya sehinggakan dia mula mendambakan kasih sayang yang dicurahkan Lia kepada Ina untuk dirinya sendiri. Mampukah Lia mengembalikan kepercayaan Effendi kepada ikatan cinta yang tulus lagi sejati? Mampukah Effendi merawat luka yang telah terpalit di hati Lia setelah Lia mengetahui sebab sebenar mereka disatukan? Mampukah ikatan perkahwinan mereka bertahan dengan kehadiran bekas isteri Effendi, Mona yang mahu merebut Ina? Betulkah Mona mahukan Ina atau apakah yang sebenarnya yang Mona mahukan?

Hak keputusan di tangan Lia. Itu janji Effendi. Hak yang diberikan Effendi seakan membunuh dirinya sendiri. Ketika Lia memilih untuk berpisah, Effendi tidak senang duduk. Hatinya parah. Lia harus dijejaki. Sanggupkah dia kehilangan Lia setelah perasaan cinta itu kembali berputik di hati?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Perkahwinan atas dasar ketaatan kepada ibu bapa
  • Cinta selepas kegagalan rumah tangga
  • Hubungan antara isteri baharu dan anak tiri
  • Konflik bekas isteri dalam rumah tangga

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel cinta Melayu
  • Peminat kisah kahwin paksa atau perkahwinan aturan keluarga
  • Pembaca yang menyukai tema duda dan anak kecil
  • Peminat konflik rumah tangga serta kemunculan bekas pasangan

Maklumat Buku

  • Penulis: Lynn Safiya
  • Penerbit: Lovenovel
  • ISBN: 9789670657677
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan