Alaf 21
Seharum Wangian Syurga Oleh Isma Haneefa
- Regular price
- RM 23.00
- Sale price
- RM 23.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Seharum Wangian Syurga Oleh Isma Haneefa
ALIFF FAHMI redha apabila pertunangannya terpaksa diputuskan kerana fitnah yang melanda. Dia tekad. Dia berhijrah untuk memulakan hidup baru. Namun, belum sempat dia mengecap kebahagiaan di tempat baru, sekali lagi dia diuji. Pertemuan dengan Anis membuatkan hidup Aliff Fahmi kacau-bilau. Gadis itu telah meluahkan rasa hati kepadanya. Kecewa kerana kasihnya ditolak lelaki itu, Anis nekad mahu membunuh diri. Aliff Fahmi cuba memujuk, tapi tidak diendahkan.
“Ya ALLAH, jika gadis ini nekad untuk mencabut nyawanya, tolonglah… jadikanlah sesuatu sebab yang boleh memberikan kesempatan untuk dia bertaubat kepada-MU!” Itulah doa Aliff Fahmi. Akhirnya dia bersetuju untuk mengahwini Anis.
Perkahwinan itu bukan sahaja menyelamatkan nyawa Anis, malah megubah diri Anis menjadi Muslimah sejati. Namun janji ALLAH tidak ada siapa yang dapat menghalangnya. Anis pergi menghadap ILAHI ketika kandungannya berusia dua bulan.
Aliff Fahmi berasa kecewa kerana kehilangan insan tersayang. Namun, dia pasrah pada qadak dan qadar ALLAH. Bagi menenangkan jiwa, dia memilih untuk memunaikan umrah. Di sana, dia sentiasa teringatkan Isma Humairah, bekas tunangnya. Bismillahirrahmanirrahim… Dua pasang nama pun diukir di Jabal Rahmah. Namun, ada jodohkah antara mereka berdua? Hanya ALLAH saja Yang Maha Mengetahui.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Pengorbanan dalam perkahwinan dan penyelamatan nyawa
- Taubat serta perubahan diri menjadi Muslimah sejati
- Ujian kehilangan, kehamilan dan kematian
- Reda terhadap qadak dan qadar Allah
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel cinta berteraskan nilai Islam
- Peminat kisah penghijrahan dan taubat
- Pembaca yang menyukai tema perkahwinan dan pengorbanan
- Pembaca yang menggemari kisah duka, kehilangan dan ketabahan
Maklumat Buku
- Penulis: Isma Haneefa
- Penerbit: Alaf 21
- ISBN: 9789831247112
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg