Alaf 21
Mahar Setulus Hati Oleh Ayu Emelda
- Regular price
- RM 21.00
- Sale price
- RM 21.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Mahar Setulus Hati Oleh Ayu Emelda
Antara Emir Nazreen dan Chempaka Harlina bezanya bagai langit dengan bumi. Tetapi bila jodoh sudah tertulis, tiada apa yang mampu menghalangnya. Bagi Emir, alangkah bahagianya jika dapat memiliki isteri sehebat Saidatina Khadijah atau sebijak Saidatina Siti Aisyah.
Bagi Harlina pula, hidup hanya sekali. Kehidupannya mesti dipenuhi keseronokan dan hiburan. Perkahwinan merupakan penghalang untuk dia mengecapi syurga dunia yang tiada penghujung itu. Lalu, pelbagai helah dicari untuk menggagalkan niat murni Emir. Tetapi, kesabaran lelaki itu memusnahkan usahanya.
Entah kenapa, sebaik tangan digoncang tok kadi, bahu Emir terasa berat mahu menggalas tanggungjawab. Menikahi Harlina bukannya seperti jinak-jinak si burung merpati, tetapi bagaikan jinak-jinak si kucing Parsi... makan di tangan. Bila ditangkap, dicakar.
"Ya ALLAH… andai aku dijadikan daripada tulang rusuk kirinya... ENGKAU panjangkanlah jodoh kami hingga ke Firdausi...”
Mampukah Emir bertahan dalam pelayaran yang penuh cabaran itu sedangkan kehidupan Harlina sudah jauh tersasar daripada landasan Islam? Adakah kesabaran Emir menjadi titik perubahan dalam hidup Harlina? Hanya DIA yang tahu.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Jodoh dan perkahwinan
- Konflik rumah tangga
- Kesabaran dan tanggungjawab seorang suami
- Perubahan diri serta penghijrahan ke arah Islam
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik Islamik
- Peminat kisah konflik dan cabaran rumah tangga
- Pembaca yang menyukai tema jodoh dan perkahwinan
- Pembaca yang berminat dengan kisah penghijrahan serta perubahan diri
Maklumat Buku
- Penulis: Ayu Emelda
- Penerbit: Alaf 21
- ISBN: 9789831247402
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg