Aksaralya Epilogue
Unraveled Soul Oleh Zilaen Zhou
- Regular price
- RM 52.00
- Sale price
- RM 52.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Unraveled Soul Oleh Zilaen Zhou
Naskhah ini separuh lahir dari tangan manusia, separuh lagi disambung oleh roh yang masih berdendam.
Dari tanah Thai yang berdarah keramat, ke bumi Malaya yang menyimpan toka keluarga, hingga ke istana China yang bernafaskan tradisi kuno, segalanya terikat dalam satu kisah lintas sempadan.
Perkahwinan Mom Luang Aizul Thariff Doavy dengan Arien Kim sepatutnya menjadi lambang kehormatan darah bangsawan.
Namun segalanya retak apabila tubuh dan suara Arien dikunci oleh sihir gelap dari Selatan Thai. Terhimpit dalam tekanan sistem patriarki, Arien membuat keputusan luar biasa apabila memilih sendiri madunya, Aliyn Zhou, wanita Cina berdarah istana.
Kehadiran Aliyn bukan sekadar melengkapkan sebuah keluarga, tetapi turut membuka pintu kepada rahsia lama yang selama ini terkunci rapat dalam bayang-bayang masa.
Di sudut paling gelap pula berdiri Kallayh. Seorang lelaki yang dibentuk oleh obsesi dan dendam. Cintanya ditolak, jiwanya hancur lalu dia bangkit dengan kuasa sihir kuno yang tidak lagi mengenal batas.
Namun satu kesilapan kecil dalam ritual telah memusnahkan sumpahan yang dibina dan menghancurkan keluarga Doavy.
Siapakah korban sebenar?
Siapakah yang pertama kali memanggil iblis itu?
Dan mengapa roh yang membisikkan kisah ini masih menangis dalam kemarahan setiap kali huruf baru ditulis?
"Yang tinggal cuma kenangan. Aku lindungi seperti nyawa yang tak sempat aku selamatkan. Aku tahu siapa yang menipu, siapa yang berpura-pura dan aku masih di sini menunggu saat semuanya dibuka semula." – R.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Sihir gelap, ritual kuno dan sumpahan
- Roh berdendam, iblis dan alam ghaib
- Rahsia keluarga bangsawan serta warisan masa lalu
- Cinta, obsesi dan dendam yang membawa kehancuran
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel fantasi gelap dan paranormal
- Peminat kisah roh, sihir, ritual serta iblis
- Pembaca yang menyukai misteri keluarga dan rahsia masa lalu
- Peminat kisah cinta tragis, obsesi dan dendam
Maklumat Buku
- Penulis: Zilaen Zhou
- Penerbit: Aksaralya Epilogue
- ISBN: BBO-6767
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg