Booku Enterprise
Dancing With Your Ghost Oleh Acik Lana
- Regular price
- RM 37.00
- Sale price
- RM 37.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Dancing With Your Ghost Oleh Acik Lana
“Nama saya Aralyn. Dan saya bukan hantu.”
Yeah, right. Whatever. Mana ada hantu mengaku dirinya hantu, betul tak?
Lagipun kalau betul bukan hantu, macam mana boleh muncul dekat dalam rumah dia? Sedangkan pintu utama berkunci siap berselak dari dalam lagi. Dan hanya makhluk bernama hantu saja boleh terjun dari tingkat sepuluh dan tak mati-mati.
Please, jangan cuba nak perdayakan dialah, hantu oi!
“Wait, awak. Please, tunggu dulu!”
Kali ini lembaga tadi sudah terpacak betul-betul di depannya. Namun Jibril tetap juga bangun dari duduk dan terus memasang langkah. Cuma itulah, kalau dia berjalan straight memang akan bertembung depan-depan dengan si hantu ini. Nak buat macam mana lagi? Jika dia mengelak, corner ikut lain, kantoilah dia memang nampak si hantu tu!
Selangkah.
Dua langkah.
Tiga langkah.
Jantung Jibril kian cemas berlari. Semakin dekat tubuh mereka untuk berselisih, terasa semakin kencang getarannya. Dan saat bahu mereka berada pada garisan yang sama, dia terus menahan nafas. Bukan setakat nafas saja, malah dia turut mendesak pandangannya agar tak terlencong ke kiri.
Don’t look at her! Jangan biarkan perempuan itu tahu yang dia ada kebolehan untuk melihat sesuatu yang bukan dari dunianya.
Sebaik saja melepasi tubuh berbaju kurung serba putih itu, Jibril menghembus nafas panjang. Pintu bilik segera ditutup rapat walaupun dia tahu lembaga itu pasti boleh tembus masuk ke sini dari mana-mana dinding yang diingini. Dengan perasaan gemuruh, kelam-kabut dia mencapai tuala dan terus beredar ke kamar mandi.
Dah jadi satu kerja pagi ini dia mandi sambil pakai boxer. Punyalah risau kot-kot hantu bernama Aralyn itu datang skodeng!
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Pertemuan Jibril dengan Aralyn, lembaga misteri yang muncul secara tibatiba di rumahnya
- Kepercayaan terhadap kewujudan hantu dan makhluk dari alam lain
- Kebolehan Jibril melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh manusia biasa
- Misteri identiti sebenar Aralyn serta sebab dia terus muncul di sisi Jibril
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang menggemari novel paranormal dan kisah hantu
- Peminat novel romantik berlatarkan dunia supernatural
- Pembaca yang suka misteri tentang identiti dan alam ghaib
- Pembaca yang menikmati watak utama dengan kebolehan luar biasa
Maklumat Buku
- Penulis: Acik Lana
- Penerbit: Booku Enterprise
- ISBN: 9789671482469
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg