• 9298
1

Fajar Pakeer

Magnolia Oleh Suhailah Selamat

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Magnolia Oleh Suhailah Selamat

Hari yang dianggap cukup menenangkan telah menyaksikan sesuatu yang mengerikan yang tidak terjangkau dek akal.

Bagaimana… bagaimana dia boleh menyaksikan keseluruhan adegan itu? Sedangkan skrin besar di hadapannya tidak memaparkan apa-apa langsung kecuali garisan berwarna gelap dan terputus- putus! Sejak dari awal lagi siarannya telah terputus.

Bagaikan deja vu. Khaira Maryam cuba menyelamatkan lelaki misteri itu daripada menjadi mangsa pembunuhan. Saat mata mereka saling bertaut, bagaikan ada renjatan elektrik yang mengalir di setiap pembuluh darahnya.

“Awak siapa?” - Khaira Maryam

“Oh? Aku? Kau rasa aku siapa, Khaira Nafisa?

Ataupun kau betul-betul dah lupakan aku lepas terjun ke dalam kolam tadi. Kolam renang bukan untuk tempat bunuh diri, sayang.” - Basit Al-Haq

Pertemuan yang hanya bertahan selama beberapa detik itu telah menarik Khaira Maryam ke dimensi lain! Lalu mempertemukan semula dia dengan lelaki misteri itu dalam waktu dan tempat yang berbeza.

Jiwa Khaira Maryam dan Khaira Nafisa telah menjadi satu melalui jasad yang bukan kepunyaannya!

Magnolia. Negara misteri di mana penduduknya telah dijangkiti virus yang mampu mengubah mereka menjadi makhluk misteri yang bernama Raksasa Besi.

Untuk pulang ke dunia asal dan mengembalikan jiwanya ke tempat yang sepatutnya, Khaira Maryam harus mencari tahu keberadaan kunci yang menghubungkan portal masa dan juga gerbang pintu sihir.

Mampukah dia mencari kunci kepada dua pintu gerbang tersebut?

Mungkinkah Basit Al-Haq sekadar berlakon menjadi watak antagonis sedangkan lelaki itu sebenarnya dalang di sebalik kekacauan yang berlaku?

Kadangkala apa yang kita lihat tak semestinya apa yang kita fikir dan rasa. Barangkali yang berlaku adalah sebaliknya.

“Kali ni, awak percayakan saya tak?” – Khaira Maryam

“Aku ada perancangan sendiri. Aku tahu kau sedih. Aku pun sama macam kau. Tapi, kita tak

boleh terlalu ikutkan perasaan. Sebab…” – Basit Al-Haq

Kerana dunia yang tampak aman tidak semestinya selamat….

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Pengembaraan merentas dimensi dan portal masa
  • Dunia misteri Magnolia serta kewujudan gerbang sihir
  • Jangkitan virus yang mengubah manusia menjadi Raksasa Besi
  • Misteri identiti, pertukaran jiwa dan kehidupan dalam jasad orang lain

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Peminat novel fantasi Melayu
  • Pembaca yang menggemari kisah dunia selari dan perjalanan merentas masa
  • Peminat cerita misteri dengan unsur virus serta makhluk luar biasa
  • Pembaca remaja dan dewasa yang menyukai pengembaraan penuh debaran

Maklumat Buku

  • Penulis: Suhailah Selamat
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838222129
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan