Fajar Pakeer
Satu Kata Kunanti Oleh Nurnaein
- Regular price
- RM 28.00
- Sale price
- RM 28.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Satu Kata Kunanti Oleh Nurnaein
Ucapkan. Jika benar ia terasa.
Ucapkan. Jika benar ia ada.
Ucapkan. Jika benar ia cinta.
Gadis beku seperti Haufa akan jatuh cinta? Tidak akan sesekali terjadi! Baginya, sisa hidup yang dia miliki hanya untuk melunaskan hutang dan dendam semata-mata. Namun angkara tersilap percaturan, Haufa harus terikat dengan perjanjian bodoh.
Panggil dia sejahat-jahat wanita, kerana gelaran itu memang selayaknya buat seseorang bernama Haufa. Perasaan Harith hanya sekadar alat permainan buat Haufa. Tiada belas kasihan. Tiada simpati. Tiada istilah ‘menjaga hati’.
“Kalau you lepaskan picu tu, I pun akan buat benda yang sama. You akan berkahwin dengan mayat I nanti!” — HAUFA AQIRA
“Kau terlambat, Haufa. Totally late.” —HARITH AZREL
Apa daya, keadaan nyata sudah berbeza. Tidak akan sama seperti dulu lagi.
Mengapa harus terciptanya pertemuan jika pengakhirannya adalah sebuah perpisahan?
Haruskah Harith dan Haufa mengorbankan keegoan mereka demi cinta?
Hanya kerana bayangan masa silam, tanpa sedar, sisa waktu bahagia mereka telah disiakan bertahun lama. Sebaliknya yang tersisa hanya kenangan.
Melupakan dan melepaskan bukan sesuatu yang mudah, untuk kali ini, biarlah satu kata yang dinanti menjadi nyata.
“Remember that I told you, few years ago? For now, can I say that... I did it?"
A true love never has an ending.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Cinta yang terhalang oleh dendam dan hutang masa lalu
- Perkahwinan atau perjanjian yang mengikat dua hati
- Konflik ego, pengorbanan dan kesukaran meluahkan perasaan
- Pertemuan semula, perpisahan dan peluang kedua dalam cinta
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik Melayu
- Pembaca yang menggemari kisah cinta penuh konflik emosi
- Peminat tema perkahwinan terpaksa dan perjanjian cinta
- Pembaca yang menyukai watak wanita kuat, dingin dan penuh rahsia
Maklumat Buku
- Penulis: Nurnaein
- Penerbit: Fajar Pakeer
- ISBN: 9789838222297
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg