• 9397
1

Karyaseni

Pergilah Sayang Oleh Marissa

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Pergilah Sayang Oleh Marissa

Selamat datang cinta, pergilah duka.

Berakhir sudah ikatan suci yang dijalin selama ini dengan penuh cinta dan sayang. Pedih hati Fatihah tidak dapat digambarkan saat Khairul terpaksa menceraikannya. Mereka harus berpisah. Jodoh antara mereka sudah habis.

“Maafkan abang. Abang sudah mungkir janji untuk menjaga Tihah dengan baik. Abang tak mampu tunaikan janji-janji abang.”

Dengan linangan air mata jantan itu, Khairul menghantarnya pergi. Tak Fatihah duga begini akhirnya kisah mereka. Khairul malah tega memilih untuk pergi bersama yang lain.

Menyandang status janda, bermulalah fasa menerima penghinaan demi penghinaan. Seolah-olah menjadi janda itu berdosa.

“Ingat, kalau nak gatal, jangan di tempat kerja. Jadilah janda gatal kat luar. Maklumlah, kalau dah janda tu tak sah kalau tak gatal.”

Di bumi Dalat yang indah, dia menemui Mustaza. Mustaza yang ringkas orangnya, tidak cerewet, anak yang soleh. Cuma sayang, tidak bekerja. Itulah, siapa suruh tampar orang masa kerja? Kan dah diberhentikan. Tapi Mustaza lain, dia rajin kopek udang untuk Fatihah.

“Terima kasih awak sebab dah tolong buang kulit udang.” – Fatihah

“Simpan nombor telefon saya. Nanti kalau nak makan udang awak telefon saja saya.” – Mustaza

“Masalahnya kalau awak nak nombor telefon saya, cakap ajelah. Jangan nak bagi alasan udang bagai.” – Fatihah

“Saya nak nombor telefon awak sebenarnya.” – Mustaza

“Kan senang bagi tau awal-awal.” – Fatihah

Tidak lama kemudian, barulah Fatihah tahu sebenarnya Khairul hanya diperangkap untuk berkahwin dengan Delisha. Khairul tak pernah melupakan cinta pertamanya. Perkahwinan dengan Delisha langsung tidak membuahkan bahagia.

“Sayang abang pada Tihah takkan berubah sampai bila-bila. Abang tetap sayang Tihah dan  dalam hati abang hanya ada Tihah seorang.”

Hanya hati Fatihah yang dapat memilih. Dia nekad. Bahagia itu perlu diusahakan, ia takkan datang sendiri. Jalani sahaja hidup mengikut jalinan takdir yang telah ditentukan. Dan siapakah yang akan menemaninya mengharungi takdir cinta terindah itu?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Perceraian dan perpisahan dalam rumah tangga
  • Cabaran hidup sebagai janda serta stigma masyarakat
  • Cinta lama, kesetiaan dan peluang kedua
  • Takdir, jodoh dan pilihan hati

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel cinta Melayu
  • Pembaca yang menggemari kisah perceraian dan peluang kedua
  • Pembaca yang tertarik dengan tema wanita tabah selepas kegagalan rumah tangga
  • Pembaca yang menyukai konflik cinta, jodoh dan takdir

Maklumat Buku

  • Penulis: Marissa
  • Penerbit: Karyaseni
  • ISBN: BBO-6595
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan