Fajar Pakeer
Be Yours Again Oleh Fufulieya Mat
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Be Yours Again Oleh Fufulieya Mat
Rasa sakit yang terdalam adalah melepaskan seseorang yang belum benar-benar kita ikhlaskan.
Tujuh tahun ingin cuba melupakan. Tujuh tahun inginkan kemaafan dan peluang. Tujuh tahun juga masing-masing menyimpan rahsia besar. Jujurlah jika tiada rasa, jangan menyimpan terlalu lama sehingga menoktahkan waktu.
Kalau ianya tentang perasaan awak pada saya, itu masalah awak! Tak ada kena mengena dengan saya!" — Alyra Safia
"Beri saya peluang untuk tebus kesalahan saya pada awak. Tak akanlah tak ada langsung ruang untuk saya dalam hati awak?" — Zaim Firdaus
Andai dirinya tidak dikhianati, tak mungkin Alyra membawa diri jauh untuk merawat luka dan sudah tentu Zaim Firdaus tidak perlu menunggu tujuh tahun untuk mendapatkan gadis itu semula.
Bagi Alyra, andai tiada 'dia' di antara mereka, sudah tentu mereka bahagia.
“Kau ada nampak Zaim tu melekat dengan aku ke? Tak ada kan? Dia ada dekat luar tu, kau pergilah kutip dia heret ke rumah tok kadi.” – Alyra Safia
“Saya cuma tak nak bergaduh dengan Lyra. Mungkin sepanjang kita dekat sini, kita boleh jadi kawan. " — Zaim Firdaus
Saat tirai kesumat terungkap, rahsia turut membiaskan cahayanya. Dendam darah dibayar darah, nyawa juga perlu dipertaruhkan. Rasa cinta yang sudah bernanah kembali pudar selepas mengetahui segalanya.
Di mana silapnya Zaim, di mana benarnya Alyra sehingga ego membunuh satu per satu jiwa mereka?
Untuk kali terakhir, apakah takdir memilih mereka untuk tidak pernah menyatu?
Trauma, terluka adalah sifat manusia yang jatuh hati. Bagaimana pun kesetiaan seseorang itu, rasa curiga pasti akan muncul. Meskipun begitu, tetaplah rasa cinta yang tersisa itu kekal dibaja agar dapat dinobat pada semesta.
"For the last time, I just wanna be yours again."
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Cinta lama dan peluang kedua selepas perpisahan tujuh tahun
- Pengkhianatan, kemaafan dan usaha menebus kesalahan
- Rahsia besar yang mempengaruhi hubungan dan takdir watak
- Trauma, rasa curiga serta kesan luka dalam percintaan
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik Melayu
- Pembaca yang menggemari kisah cinta kedua dan reunion selepas perpisahan
- Pembaca yang suka konflik pengkhianatan, rahsia serta dendam
- Pembaca yang meminati watak utama dengan emosi, ego dan trauma mendalam
Maklumat Buku
- Penulis: Fufulieya Mat
- Penerbit: Fajar Pakeer
- ISBN: 9789838222303
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg