• 8184
1

Fajar Pakeer

Layakkah Aku Memilikimu? Oleh Nurfaza Alisya

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Layakkah Aku Memilikimu? Oleh Nurfaza Alisya

Pernahkah terfikir untuk tidak pernah bertemu dan saling jatuh cinta?

“Kun fayakun. Di dalam al-Quran ayat ini disebut sebanyak lapan kali. Yang bermaksud… Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia. Sejauh mana saya lari pun, Allah dah tetapkan jodoh saya dengan awak.” – INDAH NAURA

“Saya rasa awak dah tersalah pilih orang untuk dijadikan suami.” - KHAIR

Naura sudah menduga Khair mesti punya alasan untuk menolak dirinya. Cantik sangat ke dia hingga Khair segan nak berdampingan dengannya. Atau… Buruk sangat ke perangai Naura hingga Khair naik meluat? Lelaki… Ada saja alasan! Namun begitu, Naura tetap yakin dengan pilihannya. Pandai-pandailah dia nanti memasang jerat memikat sang kekasih hati. Selepas berkahwin, Khair tekad menolak kemewahan. Janjinya terhadap arwah Hajar harus dia kotakan walaupun satu hari nanti dia terpaksa mengguris perasaan Naura. Plan sudah bermula, Naura nekad untuk memikat. Seram sejuk Khair dibuatnya. Namun, itulah yang cuba Naura lakukan…

Membajai hati Khair hingga lelaki itu dapat ditakluk. Lebih-lebih lagi adanya Siti dan Julia, pesaing hebatnya untuk sampai ke garisan penamat. Dia mahu kedua-dua gadis itu tahu dia adalah Indah Naura isteri Khair. Miliknya seorang. Bagi Khair, jiwanya sudah tertawan, cuma ada satu noktah yang menyulitkan keadaan di antara dia dan Naura. Bukan kerana cinta tidak pernah hadir, hanya dendam pada diri sendiri sulit untuk mati. Mampukah Khair dan Naura membangkitkan perasaan yang seharusnya dinikmati mereka berdua? Layakkah Khair menganyam kasih yang dicipta oleh Naura selepas terjadinya peristiwa yang membuat gadis itu menjauhkan diri darinya? Mencintai… Dicintai… Dua hal yang sulit untuk dilepaskan, terlalu sakit untuk diakhiri. Selama mana bertahan, selama itulah ia menyatukan dua insan untuk saling memaknakan sebuah perasaan yang dimiliki.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Jodoh dan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah
  • Cinta selepas perkahwinan
  • Usaha memikat dan menawan hati pasangan
  • Konflik emosi, dendam serta rasa bersalah masa lalu

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Pembaca yang menggemari kisah cinta selepas berkahwin
  • Pembaca yang suka tema jodoh, takdir dan perkahwinan
  • Pembaca yang menikmati konflik emosi serta rahsia masa lalu

Maklumat Buku

  • Penulis: Nurfaza Alisya
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838220569
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan