• 8264
1

Karyaseni

Melirih Kasih Oleh Marissa

Regular price
RM 21.00
Sale price
RM 21.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Melirih Kasih Oleh Marissa

Bukan senang untuk FAIZAL jatuh cinta. Tapi entah kenapa mudah pula dia jatuh cinta dengan rakan sekerjanya sendiri. Ada sesuatu yang menarik tentang NURUL yang membuatkan FAIZAL tak mampu melupakan cintanya terhadap NURUL.

Seksi mungkin tidak, cantik memang ya. Tapi NURUL mampu membuatkan hidup FAIZAL menjadi ceria.

FAIZAL terpaksa gigit jari bila NURUL beritahu, dia sudah ada teman lelaki. Perlahan-lahan Faizal tarik diri dan doakan NURUL dari jauh.

Namun seperti ada sesuatu yang menghempap kepalanya bila NURUL beritahu dia sudah mengandung anak teman lelakinya dan lelaki itu sudah menghilangkan diri.

"Saya mengandung tiga bulan."
"Awak mengandung?"
"Teman lelaki awak tahu?"
"Tahu, tapi dia tak mengaku dan dia dah tinggalkan saya."
"Jantan tak guna. Dah habis madu..."
"Habis tu macam mana sekarang ni?"
"Saya tak tahu..."
"Awak jangan bimbang. Saya akan selalu bersama awak. Awak percayalah, saya akan bersama awak. Cuma buat sementara waktu, saya nak awak tenangkan fikiran awak. Jangan lakukan perkara-perkara di luar kawalan. Memang awak berdosa besar, tapi awak kena sedar, sebesar mana pun awak buat dosa, kalau awak bertaubat, insya-Allah, semua dosa awak akan terampun."

Demi cinta, FAIZAL sanggup terima Nurul dan bayinya. Demi cinta, FAIZAL pejam mata. Manusia mana yang tak pernah buat salah? NURUL juga perlu diberi peluang.
Bayi itu lahir dan diberi nama AWLIYA. Kenapa raut wajah anak NURUL tak ubah seperti wajah seseorang yang amat dikasihi dan dirinduinya? Saling tak tumpah hingga membuatkan FAIZAL benar-benar sayangkan AWLIYA tanpa berbelah bahagi?

Siapakah AWLIYA yang sebenarnya?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta berbalas dan pengorbanan seorang lelaki terhadap wanita yang dicintainya
  • Kehamilan luar nikah, penolakan dan tanggungjawab terhadap anak
  • Kepercayaan, pengampunan dan peluang kedua dalam hubungan
  • Konflik emosi akibat rahsia tentang asalusul seorang anak

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel cinta Melayu penuh konflik dan emosi
  • Pembaca yang menyukai kisah pengorbanan serta cinta tanpa syarat
  • Pembaca yang berminat dengan tema kehamilan luar nikah, taubat dan peluang kedua
  • Pembaca yang gemarkan rahsia keluarga serta kejutan tentang identiti sebenar watak

Maklumat Buku

  • Penulis: Marissa
  • Penerbit: Karyaseni
  • ISBN: 9789674690649
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan