• 9365
  • 9366
1

Alaf 21

Aku Cinta Dia Oleh Sharifah Abu Salem

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Aku Cinta Dia Oleh Sharifah Abu Salem

Dania, gadis kota yang liar, mengandung anak tidak sah taraf. Akibatnya, papanya, Datuk Safuan mendesak agar kandungan itu digugurkan. Namun, kerana tidak mahu menanggung dosa, mamanya, Datin Kay terpaksa melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial.

Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyyah, Dania sentiasa bermunajat kepada ALLAH. Walaupun, dosa yang ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab ke atas kandungannya itu, dia pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir. Dalam diam, dia terpaut pada sifat-sifat mulia Ustaz Iqbal salah seorang tenaga pengajar di Wadi Saffiyyah. Namun, bila difikirkan, mana mungkin dirinya yang tidak suci, jatuh hati pada insan semulia Iqbal? Sehinggalah suatu hari, dia menerima hadiah pemain MP3 dan al-Quran kecil daripada lelaki itu.

Apakah maknanya ini? Adakah Iqbal juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya? Iqbal pernah menyatakan kepadanya bahawa dia harus mencintai ALLAH dan Rasul-NYA terlebih dahulu sebelum dia mencintai sesama manusia. Dania bimbang dengan kenyataan ini. Takut dia bertepuk sebelah tangan.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Kehamilan luar nikah dan cabaran sosial
  • Taubat serta penghijrahan diri ke arah kehidupan beragama
  • Cinta yang berteraskan iman dan ketakwaan
  • Konflik keluarga dan penerimaan masyarakat

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik berunsur Islamik
  • Pembaca yang meminati kisah taubat dan penghijrahan diri
  • Pembaca yang menyukai tema konflik keluarga dan masalah sosial
  • Pembaca dewasa yang menggemari kisah cinta penuh emosi

Maklumat Buku

  • Penulis: Sharifah Abu Salem
  • Penerbit: Alaf 21
  • ISBN: 9789672858252
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan