• 3633
1

Lovenovel

Romantik Rapsodi Oleh Farah Fauzi

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Romantik Rapsodi Oleh Farah Fauzi

Nur Amani, hidupnya mendambakan bahagia. Kehadiran dua lelaki dalam hidupnya mengundang pelbagai suka dan duka. Dalam kemarau mencari bahagia, dia dipertemukan dengan Iqbal Hakim yang mengungkap cinta hanya di bibir saja.

~Aku pernah serahkan hati ini padamu. Namun kau cemari cintaku dengan pengkhianatan. Aku berikan kau peluang demi peluang namun pengakhirannya, aku tetap dilukai.~ Nur Amani

Belum kering luka di hati, datang pula Umar Rayyan menjengah kehidupan. Tidak salah rasanya dia mencari cinta yang baru demi mengubati lara itu.

~ Keikhlasan dan kesungguhanmu buat aku lebur. Kasih sayang dan cintamu memberikan aku harapan untuk terus mempercayai adanya bahagia untukku. Berikanlah aku sedikit waktu…~ Nur Amani

Menggalas tanggungjawab sebagai isteri kepada manusia asing dalam hidupnya bukanlah satu tugas yang mudah. Namun dia percaya Allah adalah sebaik-baik perancang dan kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya.

~Aku buta dalam mengenal erti cinta, namun aku yakin yang kau tercipta untukku. Akan aku ubati segala lara di hatimu. Jangan pernah kau menjauh kerana sesaat pun aku tak bisa hidup tanpamu... Ambillah masamu untuk kau tanam benih cintaku di hatimu. Seribu tahun pun aku rela menunggu... ~ Umar Rayyan.

Mampukah Nur Amani menerima kehadiran Umar Rayyan dalam hidupnya sedangkan hati masih menyimpan rindu dan harapan kepada Iqbal Hakim? Kala Iqbal Hakim mendambakan cintanya, mampukah Nur Amani mengharungi kemelut hati sendiri yang tak pernah henti dilambung gelora.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta segi tiga antara Nur Amani, Iqbal Hakim dan Umar Rayyan
  • Pengkhianatan, kekecewaan dan luka dalam hubungan cinta
  • Peluang kedua untuk mencintai dan membina kebahagiaan
  • Konflik hati dalam menerima perkahwinan dengan insan asing

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu
  • Pembaca yang menyukai kisah cinta segi tiga
  • Pembaca yang tertarik dengan tema pengkhianatan dan peluang kedua
  • Pembaca yang menggemari konflik perkahwinan dan kemelut rumah tangga

Maklumat Buku

  • Penulis: Farah Fauzi
  • Penerbit: Lovenovel
  • ISBN: 9789670657172
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan