• 3623
1

Buku Prima

Encik Montel Paling Sweet Oleh Aini Effariza

Regular price
RM 19.90
Sale price
RM 19.90
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Encik Montel Paling Sweet Oleh Aini Effariza

Pertemuan tidak terduga antara Danial dan Kamelia di kedai makan telah membuka kisah lama. Danial yang sejak sekian lama menyimpan perasaan terhadap Kamelia pernah meluahkan rasa hatinya kepada Kamelia sejak mereka belajar di kampus, namun ditolak gadis itu. Semenjak dari saat itu hubungan mereka renggang. Danial
membawa diri ke Seoul manakala Kamelia pula bekerja di syarikat papanya.

Tanpa diduga, Kamelia disahkan menghidap sirosis dan memerlukan pembedahan hati dengan segera. Dalam tempoh itu juga, dia telah ditinggalkan oleh kekasih hatinya, iaitu Hakimi. Kehadiran penderma misteri yang telah mendermakan sebahagian hatinya kepada Kamelia telah menyelamatkan nyawanya. Kamelia masih mencari siapakah gerangan penderma misteri itu.

Kemunculan semula Danial yang kembali menagih kasihnya membuatkan Kamelia keliru. Perlukah dia menerima cinta Danial? Berjayakah Kamelia menemui penderma misteri itu?

“ALLAH beri hati ini pada saya secara percuma, saya percaya jika tiba masanya perlu dikongsikan dengan orang yang berhak menerimanya,ia juga harus diberi percuma. Sebab itulah saya tak terima sebarang bayaran.” – DANIAL

“I datang sebagai kawan baik you, atau bekas kawan baik you, kita pernah rapat dan pernah terpisah.” – KAMELIA

“Cantik muncung awak. Selama saya bekerja dalam dunia korporat,tak pernah lagi saya dijemput oleh driver wanita. Cantik pulak tu.” – HAIKAL

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta lama yang kembali berputik selepas perpisahan
  • Konflik menerima cinta dan peluang kedua
  • Pengorbanan ikhlas melalui pendermaan organ
  • Ujian kesihatan, sirosis dan pembedahan hati

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Peminat kisah cinta lama dan peluang kedua
  • Pembaca yang menggemari konflik emosi serta hubungan kekeluargaan
  • Peminat cerita romantik berlatar dunia korporat

Maklumat Buku

  • Penulis: Aini Effariza
  • Penerbit: Buku Prima
  • ISBN: 9789674460099
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan