• 3166
1

Karyaseni

Eksperimen Cinta

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Eksperimen Cinta

Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri. Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai nak digambarkan kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua jam?

Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada jalan keluar melainkan cakap,

“saya setuju!”

Damia letakkan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya.

“Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur...”

“Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…”
Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih daripada sebuah eksperimen saja. Dan bagi Damia, selagi belum lafaz talak terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. Berjayakah Tengku Aaron Shah meneruskan eksperimen cintanya?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Perkahwinan mengejut antara dua insan yang baru berkenalan
  • Cinta selepas berkahwin dan hubungan yang berkembang secara tidak dijangka
  • Eksperimen cinta serta niat tersembunyi dalam perkahwinan
  • Konflik perniagaan dan keputusan besar demi menyelamatkan syarikat

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Peminat kisah cinta selepas berkahwin
  • Pembaca yang menggemari tema kahwin paksa atau perkahwinan mengejut
  • Peminat watak lelaki kaya, berani dan sukar dijangka

Maklumat Buku

  • Penulis: Anjell
  • Penerbit: Karyaseni
  • ISBN: 9789670246529
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan