Alaf 21
Aku Cantik? Oleh Raihan Zaffya
- Regular price
- RM 22.00
- Sale price
- RM 22.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Aku Cantik? Oleh Raihan Zaffya
Rima seorang gadis lurus yang tidak percaya cinta dan tidak sedar dirinya cantik. Sedangkan Juki dan Sulaiman dapat melihat apa yang tersembunyi, yang Rima tidak sedari. Terkunci hati Rima untuk mencintai dan dicintai. Baginya tiada istilah cinta dan mesti memerangi cinta.
Juki -
“Bila aku dah habis belajar dan dah dapat kerja nanti, aku pinang engkau ya. Aku tak main-main. Sungguh-sungguh ni.”
Rima -
“Kak ngah! Cuba terangkan pada Juki ni, kita dengan Juki saudara kan? Mana boleh nak pinang-pinang pulak! Lagi pun kalau adik nak kahwin nanti bukan dengan Juki!”
Sulaiman -
“Rima... dengar sini... abang cintakan awak. Benar-benar cinta. Tak pernah abang ada perasaan macam ni pada mana-mana perempuan sebelum ini. I love you!”
Rima -
“Maafkan saya... saya pergi dulu. Ada kelas.”
Rima tidak tahan hati. Dia mesti cepat-cepat pergi. Jika lebih lama dia di situ akan goyah hatinya.
Ketika Sulaiman hadir untuk mengintai-intai ruang di hatinya, Rima mulai tertanya-tanya itukah cinta? Juki yang membesar bersama Rima tetap bersabar menanti jawapan sejak 9 tahun yang lalu. Dia terlalu memahami.
Rima keliru. Apa perlunya cinta jika harus mengorbankan perasaan? Mestikah dia meneruskan keinginan hati atau perlu berundur diri? Gugur air mata Rima ketika berada di dua persimpangan. Haruskah dia memilih satu di antara dua atau melepaskan kedua-duanya sekali?
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Konflik cinta segi tiga antara Rima, Juki dan Sulaiman
- Cinta yang tumbuh daripada persahabatan dan hubungan sejak kecil
- Perasaan takut untuk mencintai dan dicintai
- Penerimaan diri serta kesedaran terhadap kecantikan diri
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca wanita yang menggemari novel cinta Melayu
- Remaja dan dewasa muda yang menyukai kisah percintaan penuh konflik
- Pembaca yang tertarik dengan tema cinta segi tiga
- Peminat kisah cinta sejak kecil dan hubungan persahabatan
Maklumat Buku
- Penulis: Raihan Zaffya
- Penerbit: Alaf 21
- ISBN: 9789831248669
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg