• 8354
1

Suara Hati Publication

Lelaki Separuh Romantik Oleh Farah Deraman

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Lelaki Separuh Romantik Oleh Farah Deraman

Cinta pertama Aira bersama Hakimi telah lama tersulam indah sejak zaman sekolah menengah lagi. Namun, impian mereka untuk ke jenjang pelamin musnah di tengah jalan bila mama Aira, Puan Azlinda bermati-matian menghalang dengan alasan Aira tidak akan bahagia menjadi isteri kedua Hakimi.

Aira akur. Sementelah mamanya sendiri telah merasakan peritnya hidup bermadu. Tika pintu hati ditutup rapat untuk lelaki, Zafran hadir menawarkan sesuatu yang tidak masuk akal dan tidak pernah terlintas di benak Aira.

"Aku tanya kau. Kau nak date yang macam mana?" - Zafran

"Maksud kau?" - Aira
"Yelah. Maksud aku.. date macam mana yang kau impikan? Satu. Romantik? Dua.Half romantic? Atau...tiga.

Zero romantic? Pilih satu."- Zafran

Menyedari diri sudah kalah dengan rencana Zafran, Aira beralah. Mungkin Zafranlah kebahagiaan yang dia cari-cari selama ini. Mungkin Zafranlah lelaki terakhir dalam hidupnya. Mengenali Zafran buat Aira percaya cinta terakhir itu lebih indah.

Tika dirinya berada di ambang bahagia, badai hadir menguji untuk kali kedua. Kerana kisah hitam mamanya, Aira nekad membawa dirinya jauh dari cinta Zafran.

"Aku tak sempurna, Zaf."-Aira

Apakah kisah hitam mama Aira itu? Adakah Zafran bisa menjadi lelaki terakhir dalam hidup Aira? Ataupun... adakah Hakimi datang semula merayu cinta Aira setelah Aira meninggalkan Zafran?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta pertama dan cinta yang tidak kesampaian
  • Konflik perkahwinan kedua dan pengalaman hidup bermadu
  • Trauma keluarga serta pengaruh kisah silam terhadap hubungan
  • Hubungan romantik antara Aira dan Zafran

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Pembaca yang gemarkan kisah cinta tiga segi
  • Pembaca yang menyukai konflik keluarga dan perkahwinan
  • Pembaca yang tertarik dengan tema peluang kedua dalam cinta

Maklumat Buku

  • Penulis: Farah Deraman
  • Penerbit: Suara Hati Publication
  • ISBN: 9789671675915
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan