• 2113
1

Alaf 21

Cinta Kepala Batu Oleh Ayu Emelda

Regular price
RM 19.90
Sale price
RM 19.90
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Cinta Kepala Batu Oleh Ayu Emelda

PERTEMUAN Syaira dan Adam bermula dengan salah faham. Akibatnya, Adam memendam gelora rasa dan Syaira pula menyimpul benci di dada. Mereka berbicara, tetapi dengan bahasa tidak sekata dan pandangan berlainan cara.

Hidup Syaira mula huru-hara dengan berita kematian Imran dan Selina. Dia rebah buat seketika, namun atas rasa tanggungjawab, dia bangkit memikul amanat. Nasib anak-anak saudaranya perlu dibela. Namun, semuanya jadi sukar apabila Adam sering mencampuri urusannya.

Tak percaya CINTA! Begitulah pendirian Syaira. Hatinya sekeras batu. Baginya, cinta sekadar mainan jiwa yang tidak membawa sebarang makna. Impiannya... cukuplah bertemu bahagia andai jodoh tiba. Lantaran itu, lamaran Adam diterima dengan reda.

Namun, hidup manusia tidak pernah lari daripada ujian. Ketulusan dan kejujurannya selalu dipertikaikan. Pengorbanannya sering dibayar dengan hinaan. Dia kian lemah dilanda badai dan gelora. Akhirnya, dia pasrah pada setiap kehilangan... dan ketentuan... 

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta yang bermula daripada salah faham dan perbezaan pandangan
  • Perkahwinan dan lamaran tanpa keyakinan terhadap cinta
  • Tanggungjawab menjaga serta membela anakanak saudara
  • Kehilangan orang tersayang dan kesan kematian terhadap kehidupan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Pembaca yang menggemari kisah cinta bermula dengan salah faham
  • Pembaca yang menyukai tema perkahwinan dan jodoh
  • Pembaca yang tertarik dengan kisah keluarga, kehilangan dan tanggungjawab

Maklumat Buku

  • Penulis: Ayu Emelda
  • Penerbit: Alaf 21
  • ISBN: 9789831244739
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan