• 5311
1

October

Cik Serba Tahu Oleh Syamnuriezmil

Regular price
RM 20.00
Sale price
RM 20.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Cik Serba Tahu Oleh Syamnuriezmil

“Kalau nak, semua boleh buat.”
“Memanglah, selagi belum dapat. Cuba kalau dah dapat?”
“Abang bukan orang macam tu la. Kalau belum dapat, berusaha bagi dapat. Bila dah dapat, genggam sampai rapat!”

Bermacam-macam usaha yang Carl Adham buat untuk memikat hati Aerna, namun untuk menerima lelaki itu memang agak payah. Mana tidaknya, mereka baru saja bertemu. Tiba-tiba lelaki itu ajak dia tunang kemudian bernikah? Gila ke apa???!

“Saya nak awak tahu juga, walaupun ada rumah atas kayangan, walaupun tidur beralaskan duit ringgit, walaupun ada roket sampai ke bulan... awak masih belum boleh curi hati saya, Encik Carl! Saya bukan perempuan yang boleh dijual beli dengan kekayaan!”

Semua orang di ofis gelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu sebab semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun.

Dan disebabkan serba tahunya itu, bapaknya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Bapak Aerna nekad untuk cepat-cepat mengahwinkan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna membuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan bapaknya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh bapaknya?

“Dari mula jumpa sampai sekarang, Aerna Isyqee jodoh abang. Kahwin dengan abang? Jemputan ini tamat dalam masa 15 saat...”
“Nak!”
“16 saat dah... Dah lewat!”
“Abang! Na cakap nak la...”

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta pandang pertama dan usaha memikat hati
  • Perkahwinan pilihan keluarga dan jodoh yang tidak dijangka
  • Wanita berdikari yang sukar membuka hati
  • Kejujuran, kepercayaan dan penerimaan dalam hubungan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu
  • Pembaca yang suka kisah cinta bermula daripada pertemuan singkat
  • Pembaca yang tertarik dengan tema perkahwinan pilihan keluarga
  • Pembaca yang gemarkan watak wanita bijak, lantang dan berdikari

Maklumat Buku

  • Penulis: Syamnuriezmil
  • Penerbit: October
  • ISBN: 9789670707440
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan